SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Sunday 10 July 2011

Mencari Redha-MU

Redha itu perlu dicari bukan hanya dinanti, 
Teguhkanlah hati dalam melaksanakan ibadat. 
Andai setiap tuntutan telah dipenuhi dan segala larangan dijauhi,
di saat itu jugalah rahmat Allah akan turun mengiringi,
dan memberkati perjalanan hidu kita.

ANDAI ajal datang menjemput dalam keadaan kita yang sudah bersedia dan redha, tentulah amat bertuah sekali. Tapi masalahnye, bersediakah kita untuk berhadapan dengan perit pedihnya kematian? Bersediakah kita untuk berhadapan dengan detik terakhir riwayat kita ini?

Ada segelintir di antara kita yang menyalahkan takdir andai terjadi musibah kematian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kelangan ahli keluarga terdekat seperti ayah, ibu, suami isteri, adik beradik atau anak-anak. Ingatlah... kematian pasti terjadi kepada sesiapa sahaja. Kehadirannya tanpa mengira waktu, usia ataupun persediaan yang telah dilakukan. Ia datang tidak cepat dan lambat walau sesaat.

Dalam Al-quran sendiri, Allah mengingatkan kita sejaksekian lama melalui firman-NYA, "dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." ~Al-Munaafiquun:11~

Mereka yang bergelar insan tersayang akan ditinggalkan meskipun perasaan kita tidak meredhainya. Sebanyak mana air mata yang dikeluarkan dan sekuat mana pun raungan, tetap tidak akan membuatkan-NYA berkompromi. Fikirkanlah... sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi-NYA pun tidak ada ruang untuk berkompromi apabila telah sampai janji dan tikanya, apatah lagi kita yang masih berbalut dengan dosa maksiat ini.

Orang yang redha ialah orang yang tidak akan mendahului kehendak ALLAH. Apa yang telah lalu dan akan datang, dia terima dengan lapang dada. Ya, lumrah sebagai insan yang mempunyai perasaan, pasti akan tetap menangis dengan kehilangan dan kematian insan tersayang. Namun dia sama sekali tidak akan mempertikaikan mengapa dirinya ditimpa ujian sebegitu. Walaupun kesedihan melanda dan air mata membanjiri, tapi tidaklah keluar dari batasan sabar dan redha kerana itu merupakan fitrah dan sifat yang sinonim dengan makhluk bernama manusia.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang beterbangan oleh angin . Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi dan visi. Selagi kita bernafas , selagi itulah hidup mesti diteruskan dengan syarat semua tuntutan NYA mesti dilaksanakan. Usahlah apabila sesuatu musibah menimpa, kita mengambil diri ke arah jalan kebinasaan hanya kerana tidak sanggup menanggung dugaan.


Jika kita menilai kedudukan diri ini yang begitu daif dan kerdil selain berharap hanya kepada NYA, kita akan menginsafi bahawa kita perlu menerima segala yang tersurat. Siapalah kita untuk menolaknya dan siapalah kita untuk mencari-cari kekurangan pemberian tersebut.

Sedarlah.... andai ditimpa musibah, kita hendaklah menyedari bahawa yang memberikan segalanya itu ilaha ALLAH Yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Yakinlah bahawa yang menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri atau menyeksa kita. Sebaliknya, ia bertujuan menguji kesabaran dan keredhaan, menguji kadar  keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimana cara kita mengetuk pintu rahmat NYA dengan hati yang khuyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.

Fahamilah..tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan . Hidup yang melaluio kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain.

Jadi, apa yang kita semua perlukan??

Ya, apay yang kita perluakn ialah kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa itu pula diperoleh daripada Yang Maha Kuat iaitu ALLH S.W.T .Jagailah hubunagn engan Allah seperti melalui ibadat umum dan ibadat khusus , misalnya solat malam dan doa. Dengan kekuatan jiwa ini, InsyaAllah kita mampu menghadapi segala ujian-NYA.

Sedarlah...kehidupan ini adalah ladang akhirat yang perlu kita kerjakan untuk mengutip hasil yang baik untuk dibawa pulang ke negeri akhirat nanti. Andai banyak beramal, maka banyaklah hasil yang dapat dituai untuk bekalan kelak. Dan, andai DIA Redha dengan kita, mudah-mudahan DIA akan menempatkan kita di dalam syurga-NYA. INSYAALLAH..

Sematkanlah di hati agar kita sentiasa mencari keredhaan untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Muhasabahlah diri, adakah hidup kita ini hnya semata-mata mengharapkan pujian daripada makhluk yang bernama manusia? Dan, apakah amalan kita setiap hari bertujuan untuk mendapatkan redha-Nya atau kerana kepentingan peribadi semata-mata?


Ya ALLAH...
hanya padaMu kuhadapkan diri ini
untuk memohon keampunan
untuk mencari segenggam rahmat
untuk memandukan menuju iman

Ya ALLAH..
keampunanMU amat kudambakan
bukan aku tidak redha dengan ujian yang menimpa
cuma pada-MU tempat kumengadu
sesungguhnya...
ENGKAU lah yang Maha Mengetahui...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim
dengan namaMu yang Maha Suci
daku berada disini dan kerana Mu jualah
hambaMu yang kerdil ini merangkak
dalam kegelapan demi mencari arah

Ya ALLAH...YA ALLAH...YA ALLAH...
Mengapa aku alpa?
nikmat yang ENGKAU kurniakan
setiap kerdiap mataku ini. ya ALLAH
setiap tarikannafasku ini, Ya ALLAH
setiap desir  angin yang kurasa, Ya ALLAH
setiap degupan jantungku ini, Ya ALLAH
segalanya hanyalah milikMU yang mutlak...

ya Allah...ya ALLAH...YA ALLAH...
Ampunkanlah segala dosaku
usahlah KAU cabut dan buang 
rasa syukurku ini dari hati sanubariku
yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati
berilah kekuatan padaku ini
agar sentiasa beristiqamah dalam menjaga
dan membela agamaMU ini dengan spenuh jiwaku

YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH
tolonglah ampunkan dosa-dosaku selama ini
kelu lidahku ini untuk berkata-kata
sebak jiwaku pabila memikirkannya
kepada-MU ya Allah aku berserah...
Amin ya Rabbal Alamin...







0 comments: