Sunday 31 July 2011
•*´¨`*• SaLaM RaMaDhAN 1432H •*´¨`*•
•*´¨`*•Syukur Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama2 menjalankan ibadah puasa tahun nie yg penuh dengan berkat.
•*´¨`*•Namun, tahun ni adalah tahun yg ke4 tanpa adik kesayangan (Ridhwan) kerana Allah lebih menyayanginya & tahun pertama tanpa nenek. Walaupun kita amat menyayangi mereka tetapi Allah lebih menyayangi mereka kerana sesungguhnya arwah adik Ridhwan dan nenek adalah milik Allah. Kita sebagai hamba Allah yang masih diberi nafas di muka bumi Allah ini seharusnya sentiasa mencintai Allah dengan mengikut semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan Allah (amar makruf nahi mungkar). Semoga ramadhan kali ini kita diberkati Allah dengan amalan yg diniatkan kerana Allah.
Ya Allah..
muliakanlah saudaraku ini lebih baik dari diriku...
bahagiakan dia dan keluarganya,
mewahi rezekinya,
jadikan dia sentiasa yang baik dikalangan solihin,
sunyi dari fitnah dan malas,
kukuh imannya,
tinggi sifat sabar
& bibir yang x jemu zikir namaMU
•*´¨`*•Kepada semua sahabat, marilah kita sama2 tingkatkan lebih amalan kita kepada Allah.
•*´¨`*•Selamat menjalani Ibadah puasa di bulan Ramadhan al-mubarak... InsyaAllah sama2 kita hayati bulan yang penuh kemualiaan dan keberkatan ini dengan penuh ketaqwaan & keinsafan.
•*´¨`*•Jangan lupa bangun sahur yer..tu juga salah satu ibadah.
•*´¨`*•Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum malah, pancaindera lain juga harus berpuasa seperti menjaga mata, menjaga hati supaya tidak melakukan maksiat kepada Allah.
Posted by Arnida Ariffin at 10:40
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment