SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Thursday 11 August 2011

•*´¨`*•Semanis Kurma•*´¨`*•

Assalamualaikum, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dah 11 hari kita menjalani ibadat puasa...

Alhamdulillah selepas balik dari solat teraweh...saya menyaksikan rancangan di tv9 iaitu rancangan        
"SEMANIS KURMA" bersama2 dgn Ustazah Siti NorBaiyah & Suami. Tajuk malam nie adalah "puasa makan masa"...

Bagi saya rancangan ilmu nie best sebab bnyak yg dapat kita belajar. Ada seorang pemanggil bertanyakan soalan yg amat menarik..." 

Siti : Ustazah...bagaimana kita nak jadikan puasa kita diberkati Allah"? 

Ustazah : Anggaplah ramadhan kali nie adalah ramadhan yg terakhir untuk kita....iaitu kita menganggap bahawa kita akan meninggalkan dunia ini buat selama2nya. Dgn ni kita akan mengerjakan ibadah puasa kepada Allah sebaik yg mungkin...

Yer betul tu... saya ada terfikir amat lah rugi bagi kita jika kita mensia2kan ramadhan tahun nie  tanpa diisi dgn perkara yg bermanfaat kerana kita sedia maklum bahawa bulan ramadhan adalh bulan rahmat...setiap amalan kita akan dilipat gandakan...cuba kita bayangkan jika ramdhan kali ni adalah ramadhan yg terakhir bagi kita!!! kita tidak tahu bila ajal kita..oleh sebab itu peluang dan kesempatan berada di bulan ramdhan kali nie kita manfaatkan dgn amalan2 yg bermanfaat... pepatah ada mengatakan " esok masih ada" sahabat2 sekalian mesti penah dgr kan dgn pepatah nie?? sememangnya esok masih ada..tetapi harus diingatkan walaupun esok masih ada tetapi kita belum tentu masih berada di bumi Allah ini...


"sewaktu kamu berada di waktu pagi jgn menunggu di waktu petang...
            sewaktu kamu berada di waktu petang jgn menunggu di waktu malam"

Sesungguhnya orang yg beriman n beramal soleh merendah diri kpd Allah, mereka itulah penghuni2 Syurga, mereka kekal di dlmnya (Surah Hud, ayat 23)
Saya juga tertarik dgn kata2 panel jemputan Ustazah tadi... "masa perlu dicipta"
Manusia selalu dgn alasan sibuk... bagi yg telah mempunyai kerjaya memg diakui sibuk itu akan mengiringi kita. Di bulan puasa ni jika kita menggunakan alasan sibuk untuk meluangkan masa untuk beribadah dan mencari keredhaan Allah..manusia tersebut tersangat rugi. Masa tersebut akan berlalu pergi n masa memg perlu dicipta kerana kesibukan duniawi hanyalah sementara. Alhamdulillah ramadhan tahun nie saya mempunyai kesempatan untuk berpuasa bersama2 dgn ahli keluarga di kampung. Sebelum nie dah dua tahun berpuasa di kampus, jika di kampus saya memg akui kesibukan itu... oleh sebab itu masa perlu dicipta...jika kita xcipta masa, kita xakan mempunyai kesempatan untuk mencari keredhaan Allah... Bacalah al-quran n jgn ditinggalkan terus. 
Salah seorang sahabat saya telah  menghantar 1 mesej berkenaan peringatan tentang al-quran, bolehlah kita sama2 berkongsi: 
Bila gelisah al-quran menjadi penenang, 
Bila sakit al-quran menjadi penyembuh, 
Bila takut al-quran menjadi senjata, 
Bila gagal al-quran menjadi motivasi, 
Bila berjaya al-quran menjadi sumbernya, 
Bila disisihkan al-quran menjadi peneman & 
Bila bersahabat al-quran menjadi restunya
Wahai sahabat2ku muslimin & muslimat...jadikanlah al-quran sebagai sumber kita yg utama...sujudlah kepada Allah sewaktu senang mahupun susah...hnya kepada Allah kita mengadu dan meminta pertolongan...jgn sesekali kita meminta pertolongan selain daripada Allah. Jangan tinggal solat. Peringatan nie untuk diri saya sendiri n juga sahabat sekalian yg diberkati Allah.
Sebelum tido...jgn lupa maafkan semua org yer...saya pon ngah berusaha untuk memaafkan semua org yg penah menyakiti saya...Ingatlah bahawa kita hnya manusia biasa yg begelar hamba Allah... InsyaAllah...kita akan menjadi tenang jika kita sentiasa mengingati Allah..
Baca doa tidur dulu yer kawan-kawan :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


Esok bangun pagi baca doa juga yer...


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُور


Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

^_^ Semoga bermanfaat yer kawan2 ^_^







0 comments: