SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Saturday 24 March 2012

Waliku

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah kali nie saya masih berpeluang menjenguk ruangan hati saya... kalau boleh tiap-tiap hari saya ingin menulis untuk menyatakan perasaan saya sekarang namun saya tahu bukan disini tempat yg sebenarnya untuk saya mengadu...hanya kepada Allah tempat saya mengadu & menangis. Allah akan menguji hambaNYA untuk melihat sehauh mana tahap keimanan hambaNYA... Saya disini hnya ingin berkongsi rasa walaupun hnya sekadar sedekit masa...Setiap malam saya menangis kerana merindukan arwah abah saya n alhmdulillah Allah tetap berikan saya kekuatan walaupun tidak banyak...saya tetap bersyukur dengan nikmat yg diberikan kepada saya. Namun saya tidak dapat nafikan yg hati dan perasaan saya teramat merindukan abah saya...airmata keluar tanpa diminta....airmata yg keluar sentiasa membuatkan saya dekat dengan Allah...kerana hnya dia yg bisa memberi ketenagan kepada saya.

Alhmdulillah hari minggu nie saya manfaatkannya dgn mengikuti kursus pra perkahwinan..Oleh sb itu lah saya rasa tertarik sgt untuk berada di ruangan ini... bnyak ilmu yg saya dapat... antara rukun nikah adalah "WALI"... ada lagi 4 tapi saya hnya nk share sal wali... semua org impikan untuk berkhwin bila dah sampai masanya..begitu juga dgn saya...dan untuk berkhwin kita sebagai anak perempuan kita akan diwalikan oleh ayah kita kan... tetapi impian n harapan saya x akan kesampaian di dunia ini untuk berwalikan abah saya di saat hari bahagia saya nanti walaupun saya tahu masih ada nasab lain utk mewalikan saya...tapi ianya xsama... namun saya xboleh lawan takdir ILahi...saya harus trima walaupun pahit.Allah sedang merancang sesuatu untuk saya sedangkan saya tidak mengetahuinya...Saya amat sensitif sgt sekarang jika org sebut ayah or father or daddy, abie, walek, papa, abah n so on... Ustaz tadi menyentuh soal ayah...ingin mengucup ayah seolah2 ustaz memahami perasaan saya di ketika itu..ingin mengalir air mata saat saya tu tetapi saya cuba tahan n cuba tersenyum seolah2 tiada ape yg ape berlaku ke atas diri saya...

Saya memg dah setting dlm diri saya suatu saat dulu dgn word yg bagi saya terlalu indah untuk dan akan disampaikan kepada bakal suami saya nanti iaitu

"Jumpalah waliku sebelum diriku...& dekati waliku bukan diriku"



Saya mentioned kan waliku disitu adalah abahku tetapi sekarang bukan abahku lagi tetapi mungkin datuk mungkin juga bapa saudaraku n seterusnya. Mungkin itu dah tertulis untuk diriku... Waliku tetap ada cuma bukan abahku, walaupun xsangup, nak atau xnak tp itulah hakikatnyer.

Ustaz menyebut lagi yg membuatkan aku tersentuh..rasa ingin jer bangun gtau ustaz yang saya xpernah malu untuk mencium pipi abah....ustaz gtau "nape kebanyakkan anak sekarang malu nk cium ayahnya...bila ayahnya dah tiada baru nk kucup abah"..saya teringin sgt nk gtau uztaz...ustaz...sewaktu abah saya ada di dunia, saya selalu cium pipi abah saya..saya selalu peluk abah saya bukan setakat dirumah tp di luar, setiap kali abah saya hantar saya nak naik bus ke uum saya xpernah malu cium pipi abah saya n peluk abah saya di depan org ramai... sebab bagi saya hangatan pipi abah adalah semangat saya..begitu juga dengan umie... saya peluk kedua2nya.... tapi sekarang ustaz saya dah xboleh peluk atau cium pipi abah saya.... sampai sekarang saya xkan lupakan saat kali terakhir saya cium pipi abah sewaktu abah di hospital...hangatannya masih terasa walaupun abah dah tiada...saya xsangka itu ciuman n pelukan abah yg terakhir dalam hidup saya....saat saya kucup abah sewaktu abah dah tiada, saat tu badan abah pipi abah sudah sejuk, tiada lagi hangatan n tiada lagi semangat saya... baru je semalam saya masih terasa hangatannya. Saya teramat rindukan abah saya ustaz....uztaz anak2 yg malu nk cium pipi ayah dia semasa hayat ayah dia adalah anak yg teramat rugi....sb walaupun abah saya dah tiada di dunia nie tp saya rasa bersyukur sgt sb saya mendapat seorang ayah yg sgt penyayang....saya rasa sy adalah anak yg paling bahagia sebab mendapat abah cam abah saya sebab saya slalu cium pipi abah saya....

Waliku nanti bukan abahku.... Allah maha adil, aku teramat yakin dgn kekuasaaan Allah.

Ya Allah...
kau ampunkan lah segala dosa2 umie dan arwah abahku,
sesunguhnya aku teramat merindukan abahku,
aku tidak sempat membalas jasa2 abahku ya allah,
aku teramat sayangkan abahku ya allah,
namun ya Allah ku memohon ya Allah,
kau ampunkan segala dosa2 abahku semasa hayatnya ya Allah,
tolonglah ya Allah,
aku merayu kepadaMU Ya Allah,
aku tidak sanggup melihat abahku menderita,
kau ampunkan abahku ya Allah,
segala2nya Ya Allah,
semasa hayatnya dia tidak pernah membiarkan anaknya
menangis mahupun menderita,
sememangnya Ya Allah,,,
aku jua tidak sangup melihat abahku menderita
namunku tidak sempat untuk melihatnya bahagia
dengan kehidupan dan kejayaanku yg termat diimpikannya,
aku merayu ya Allah...
kau hapuskan segala2 dosa2 abah Ya Allah,
kau ringankanlah bebanannya ya Allah,
kau tempatkanlah abahku di kalangan org2 yg beriman n soleh,,
kau kuatkanlah imanku
untuk hadapi ujianMU ini dengan tabah,
berikanlah kesabaran kepada ku dan keluargaku, 
kau peliharalah akhlakku,
aku ingin menjadi anak yg solehah kepada umie n arwah abahku, 
kau peliharalah akhlak adik2 ku jua,,,
supaya kami bertiga dapat terus berusaha untuk menjadi yg 
soleh & solehah
kau peliharalah hati umie ku
supaya dia sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi
ujian demi ujian dariMu Ya Allah...
ya Allah...
kau jagalah hati kami sekeluarga ya Allah
supaya sentiasa terus istiqamah mengingatimu
dalam  meneruskan kehidupan 
tanpa abah....
Ya Allah....
aku memohon ya Allah 
kau ketemukanlah kami sekeluarga di akhirat nanti 
bersama2 dengan arwah abah, arwah adik Ismail, arwah adik Ridhwan 
di syurgaMu yg terlalu indah...
Ya Allah..
sekarang tiada lagi sinar kebahagiaan dalam keluargaku Ya Allah
namun aku percaya dgn kekuasaaanMu ya Allah..
akan ada lagi sinar itu kembali untuk kami,
Ya Allah...
aku serahkan segala2nya kepadaMu Ya Allah
Engkau Maha Penyayang
Engkau Maha Bijaksana
Engkau Maha Memahami
Engkau Maha Adil
Engkau Segala2nya Ya Allah
Tiada yg lain Tuhan yg layak ku sembah
hanya kepadaMu Ya Allah
& Rasullullah junjungan kami
Amin...Amin..Amin 
Ya Rabbal A'lamin

---Hangatan Kasih Ayah----

0 comments: