SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Monday 22 October 2012

iNa & iDa

"~" Cik iNa & Cik iDa "~"

Empat bulan kita bersama menjalani latihan praktikal di Bank Rakyat Gua Musang
3 tahun di Northern of University x pernah pon berkenalan
Alhamdulillah Allah ketemukan kita dalam 
Sebuah pertemuan yang tersangat bermakna dalam hidup ida
Sentiasa tersenyum bersama
Sentiasa menangis bersama
Bank Rakyat Gua Musang banyak sgt kenangan buat kita
Friend...i will miss you forever in my life
~INA SMILE OWEZ LIKE IDA~

"~" Pegawai2 & Staff Bank Rakyat Gua Musang "~"


Sunday 21 October 2012

✿ Ku MeMoHoN ✿

Ya Allah...
Engkau Yang Maha Penawar Segala Penyakit
Tiada yang lain dapat ku mengadu Ya Allah
Hanya kepada Engkau 
ku memohon Ya Allah
 
Engkau berikanlah nikmat kesihatan kepada bakal zaujku
Engkau sembuhkanlah dia Ya Allah
Aku ingin melihat dia sihat dalam menjalani 
Ibadah kepadaMU Ya Allah
 
Kuserahkan segala2nya kepadaMU Ya Allah
Tolonglah Ya Allah lindungi bakal zaujku 
di dalam rahmatMU Ya Allah
Sesungguhnya aku tidak berdaya untuk merawatnya
Hanya pertolonganMU yang dapat menyembuhkan bakal zaujku
Aku amat menyayanginya keranaMU Ya Allah

Kau Kuatkanlah daya ingatannya 
permudahkan segala urusannya
semoga dia dapat menjawab peperiksaan
dengan hati yang tenang...
 
Ya Allah
kau kabulkan lah doaku ini Ya Allah
Hanya kepadaMU aku meminta pertolongan
Amin Ya Rabbal A'lamin.

 
"~" SEnYuMaN BaKaL ZaujaH "~"
 
Semoga Akhi Cepat Sihat & Dapat Tersenyum Manis

 

Saturday 20 October 2012

✿ Jari Manis Puteri ✿





Ya Allah jagakan hatiku dan hatinya agar kami bisa merasai 
manisnya percintaan selepas di ijab kabulkan


Terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu becoz of Allah.. 
Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah"..
 

Pesanan indah untuk insan yang
 bergelar suami dan bakal menjadi seorang suami...
Jadilah seperti insan yang tersangat menyayangi pilihan hati kerana Allah
 InsyaAllah...berkekalan bahagia bercinta hingga ke syurga...

Z & T 



Pesanan indah untuk insan yang
bergelar Isteri dan bakal menjadi seorang Isteri...
Jadilah seperti insan yang tersangat memuliakan suaminya kerana Allah
InsyaAllah...kemanisan akan menjadi milimu
sementara kamu bakal isteri masih bergelar bakal zaujah
Jagalah keharumanmu sebaiknya
supaya hanya suamimu kelak yang dapat menghidunya
Jadilah seperti mawar berduri


:: noTa Jari Manis Zara Aqilah ::

~Mawar Berduri hanya mampu disentuh oleh Zauj tersayang~
Ijab Qabul pelerai duri yg Tajam

Bittaufiq wannajah filimtihan ya akhi bakal zauj
Doa bakal zaujah di kejauhan akan sentiasa ku iringkan

~IstajibaAllah Humma Doa'ana~


 

Friday 19 October 2012

ADAM & HAWA


ISTERI
Isteri yang 'mahal' lagi 'bernilai'
pada pandangan Islam ialah
Isteri yang tidak meletakkan
darjat & kemuliaannya kepada wang & harta,
tetapi kepada iman & kasih dalam jiwa dan hatinya.
Kalau diletakkan nilai dirinya kepada wang,
wang akan hilang serta habis.
Kalau diletakkan kepada iman & kasih suci
dlm hatinya ia akan berkekalan
sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.
InsyaaAllah.



SUAMI
Suami yang soleh mampu mbimbing
wanita yg dicintainya menuju Nur-Jannah Ilahi..
dia mjadikan Al-Quraan dan As-Sunnah
sebagai pegangan hidupnya..
dia memuliakan..
berlemah lembut
terhadap wanita dan anak-anaknya..
begitu tegas dlm aqidah,
bijak dlm sikap..
seorg suami penuntun keluarga dunia dan akhirat..
tanggungjawab itu bukan mudah
tetapi niat ikhlas dlm mcari kredahaan ALLAH swt
mjd setiap pengorbanan itu trasa amat indah...subhanallah..


:::noTa Cik Hawa untuk En.Adam::
  Z&T
Berusahalah untuk menjadi Isteri & Suami yang diredhai Allah
Semoga keluarga sakinah yg akan dibina menjadi lebih manis 
dalam kebahagiaan untuk ke syurga
~Satukanlah hatiku dgn hatinya ya Allah~
 

♥ TATKALA 2 HATI MENYATU ♥


TATKALA 2 HATI MENYATU


Menanti tibanya saat lafaz sakinah, untuk mencari keredhaan Allah.. apabila dua jiwa telah bertemu, lantas dua hati itu akan bersatu, semoga bersatunya hati untuk saling mencintai Allah yang satu, insyaAllah..~

Lukisan 2 jiwa menjadi 1.. (,^^) ♥ (^^,)

"Dan kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.." (Surah An-Nisaa': 1)

♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana KEMULIAAN status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan"

♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana HARTAnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran"

♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana KEDUDUKANnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan"

♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau utk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dgn wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya"

(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dan al-Hilyah)

Subhanallah~

Tuesday 9 October 2012

Antara Dua Hati


Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku kepada bakal zaujku (nama penuh) 
semoga aku menjadi kerinduannya

Sesungguhnya 
Hanya Allah yg dapat menyampaikan rindu kita 
kepada insan yg tersangat istimewa &
Hanya Allah jua yg dapat menyatukan antara dua hati
 

Monday 8 October 2012

WeDDiNg FriEnD

 ---Selamat Pengantin Baru Azifa & Hisham---

Alhamdulillah dua orang kwnku telah selamat diijabkabul. Dua hati bersatu dalam membina keluarga sakinah. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga...
---Sebahagian kwn2 memeriahkan majlis perkhwinan Azifa & Hisham---

---Sahabat baik Cik Arnida...cam ikut giliran jer...
waiting my love & your love to change the status bakal zaujah for zaujah..InsyaAllah

Thursday 4 October 2012

MAHAR RINDU ZAUJAH


Mahar Rindu Zaujah – Buat Para Daie -


Selagi Ada Jarak…
“Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yang paling mendalam
sehingga menjadi ralit”

Assignment yang sedang tekun dibuat tiba-tiba terhenti.
Ahmad terdiam dan terus mendengar bait-bait rangkap lagu tersebut.



“ Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini”


Benar, setiap untai kata di dalam lagu Jawapan Rindu Hafiz Hamidun itu benar-benar menusuk ke jiwanya. Satu bentuk dilemma yang seakan-akan tiada kesudahannya. Buntu. Itulah keadaan yang dialami dirinya tatkala ini.



Rindu ?

Cinta ?

Kasih ?

Sayang ?



4 kalimah yang dahulu hanya diucapkan dikala mengarang kini mulai kalinya dirasai batinnya. Dia, hanya insan kerdil yang mengalas amanah khalifah dan ubudiyyah termenung sendirian. Kenangan semalam menjentik kembali kalbunya. Kisah-kisah temannya bercinta dan akhirnya dikecewakan. Lama sebelum lasso dakwah menangkap dan meletakkan mereka di landasan ini.



***************************************************************************************

Berikut merupakan antara dilema para kader dakwah yang terkadang dijentik fitrah ingin mencintai dan dicintai. Terutamanya pabila melihat para ikhwah sefikrah dirinya tersenyum gembira bersama zaujah masing-masing.



Umum mengetahui bahawa di dalam bahtera dakwah ini, tiada langsung peluang bagi “teori-teori” couple diterjemahkan menjadi praktik. Para naqib dan naqibah yg cemerlang akan terus memeriksa Mutaba’ah Amal para mutarabbi mereka. Tiada sebarang bentuk perhubungan rambang dibenarkan.



Kolot !!! Bak kata para “pejuang kebebasan fatarmorgana” di masa kini.



Wahai para daie sekalian,



Janganlah biarkan dirimu terpalit daki-daki jahiliah yang telah celik dikenal mata hatimu. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, pembinaan ini memakan masa, meletihkan minda dan membebankan emosi. Jalanan yang panjang bersimpang haluan memerlukan satu bentuk petanda bersinar sebagai peneman.



Petanda ini ialah mata hatimu. Mata yang rabun mudah sahaja dilengkapkan dengan kaca mata namun jauh sekali mata hati nurainimu. Cerah dan gelapnya bergantung kepada amalan. Mengilapnya memerlukan kesabaran dan amal jamaie yang berterusan.



Futur menanti amalan soleh tanpa berteman.



Habis, bagaimana dengan persoalan Cinta dan Jodoh ?



Ya akhi, bukankah itu semuanya telah tercatat awal dahulu sebelum dirimu melihat dunia ini ? Tercatat bersama ajal dan rezeki mu…



“Ramai orang yang mengejar jodoh meskipun ianya telah sedia tercatat namun begitu sedikit yang berlari mendapatkan hidayah meskipun ianya perlu dicari…”



Jika begitu, kita hanya perlu menunggu sahajalah ye ?

Jawapannya ialah Ya dan Tidak. Ya dan Tidak yang turut disertakan dengan persoalan-persoalan seterusnya.



Ya, tunggu jika

1. Penguasaan ilmu agamamu begitu rendah, perdalaminya dahulu.

2. Pemahaman ilmu rumah tangga tidak mendalam, perbanyakkan isinya.



Belajarlah…



Tidak, namun

1. Adakah tidak mahu menunggu ini tiket untuk couple ? La, tidak sekali-kali. Jangan dicemari bahtera pahala dengan muatan berdosa.

2. Adakah juga usahamu ini secara membabi buta ? La, kesungguhan syabab beserta hikmah soyus. Berbincanglah dengan yang berpengalaman. Bukankah pilihan keluarga dan cadangan Baitul Muslim sesuatu yang lebih baik dan terjamin.

3. Jelas sudah matlamat percintaan ini ? Adakah syahwat semata atau satu wasilah dakwah ? Dan sudah jelaskan apa itu dakwah ? Adakah dakwahmu itu beserta tarbiyyah ?

Tepuk iman, tanya akal.

Hati-hati memberi “hati”

“Ramai orang yang mengejar jodoh sedangkan ianya meskipun ianya telah sedia tercatat namun begitu sedikit yang berlari mendapatkan hidayah meskipun ianya perlu dicari…”

----Syukran Bakal Zauj Atas Perkongsian yg bermanfaat nie----
-------------------“semoga diberkati Allah”-----------------------