Sunday, 31 July 2011
•*´¨`*• SaLaM RaMaDhAN 1432H •*´¨`*•
Posted by Arnida Ariffin at 10:40 0 comments
Wednesday, 27 July 2011
Pilihlah aku untuk ikhlas yaAllah..
Posted by Arnida Ariffin at 06:04 0 comments
Tuesday, 26 July 2011
✿ 1 hati 2 jiwa 1 cinta ✿
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...Seandainya telah Engkau catatkan...Dia milikku tercipta buatku...Satukanlah hatinya dengan hatiku...Titipkanlah kebahagiaan antara kami...Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...Seringkanlah kami melayari hidup ini...Ketepian yang sejahtera dan abadi...Maka jodohkanlah kami...Tetapi Ya Allah...
Posted by Arnida Ariffin at 09:03 0 comments
Monday, 25 July 2011
✿¸.•❤• JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI ?✿¸.•❤•
1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?
ALLAH MENJAWAB :
2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?
ALLAH MENJAWAB :
3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?
ALLAH MENJAWAB:
4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?
ALLAH MENJAWAB :
5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?
ALLAH MENJAWAB :
6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?
ALLAH MENJAWAB :
7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?
ALLAH MENJAWAB :
8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?
ALLAH MENJAWAB :
9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?
ALLAH MENJAWAB :
Posted by Arnida Ariffin at 10:00 0 comments
(◕‿◕).Ya Allah berikan aku kekuatan!!! (◕‿◕)
Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Posted by Arnida Ariffin at 09:40 0 comments
Tuesday, 19 July 2011
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.
Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin
Posted by Arnida Ariffin at 10:16 0 comments
Thursday, 14 July 2011
Aku Syg Sahabatku
Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...
Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...
Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi...
Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai...
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu...
Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah...
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa',
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?
Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?
Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia...
Sedikit cuma...
Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you,
Kerana engkau percaya...
DIA yang terbaik...
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api...
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillahi min zalik...
Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan IA...
Serahkan segalanya pada IA...
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak...
ALLAHU a'lam...
Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman Syurga yang Indah...
Posted by Arnida Ariffin at 03:32 0 comments
Lakaran Hati
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...
Posted by Arnida Ariffin at 02:47 0 comments
Wednesday, 13 July 2011
❤●•٠· Ketenangan ❤●•٠·
- Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan.
- Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang.
- Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
- Ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan.
●•٠·Apabila minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya. Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi.
Posted by Arnida Ariffin at 07:16 0 comments
Sunday, 10 July 2011
Mencari Redha-MU
Posted by Arnida Ariffin at 10:47 0 comments
Tuesday, 5 July 2011
❤●•٠·Sharing is Caring ❤●•٠·
❤●•٠·IMPIAN CINTAKU 1
❤●•٠·IMPIAN CINTAKU 2
- Jika kita sukakan kepada seseorang..jgn berubah kerananya..tetapi harus diingat...kita sebagai umat manusia seharusnya melakukan perubahan dgn berniatkan hnya kerana Allah kerana Allah akan menjaga niat kita itu selamanya
- Jodoh pertemuan telah ditetapkan oleh Allah... namun kita harus berusaha mencari dan berdoa...n jgn terlalu impikan yg terlalu sempurna kerana Hnya Allah yg sempurna.
Posted by Arnida Ariffin at 01:50 0 comments
Monday, 4 July 2011
Tangisan
- 1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
- 2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
- 3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
- 4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
- 5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
- 6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
- 7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.
" Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)
Kata Abdullah:
Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.
Posted by Arnida Ariffin at 07:04 0 comments