Assalamualaikum wbt..'berhiaslah dengan keindahan, maka kamu akan melihat segala yang ada di sisi kamu itu indah..."
Sahabatku, kisah ini seharusnya di ambil sebagai satu contoh teladan..jika agama di dahului dalam apa-apa perkara yang kita semua buat, insyaAllah kita akan senantiasa di beri pertolongan dan bantuanNya..maka, sama-samalah kita koreksi diri, berapa ramaikah di antara kita mampu bertindak seperti Nabi Yusuf? kalau ramai lelaki seperti Nabi Yusuf, pasti tiada kes membuang dan menggugurkan anak..sayang sekali, kehidupan kita pada hari ini tidak menghidupkan dan mewariskan sirah Nabi terdahulu...
sebaliknya cinta yang didorong oleh nafsu adaah cinta yang tidak suci kerana ada kepentingan diri..ia bersalut dengan cemburu dan hasad dengki yang datang silih berganti...dia ingin bolot cinta untuk dirinya sendiri..cinta yang semacam itulah yang menghancurkan kebahagiaan suami isteri...terutama bila suami kahwin lagi..si isteri sanggup untuk lagukan apa sahaja demi melepaskan geramnya, benci dan dendam kepada suami...walhal alasan yang digunakan untuk bertindak sedemikan adalah kerana cintakan suami...ini akan menambahkan lagi kusutnya rumahtangga...Kiranya seorang isteri gagal memberikan cinta fitrah kepada suaminya, nescaya masalah rumahtangga tidak akan selesai...kerana cinta nafsu itu sememangnya tidak akan mendorong seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya, kecuali kepada perkara-perkara yang sesuai dengan nafsunya..sebab nafsu itu sifatnya adalah mementingkan diri sendiri dan memperkecilkan kepentingan orang lain...dia akan control suaminya untuk dirinya sedangkan di dalam Islam, orang yang paling baik ialah orang yang dapat memberikan banyak kebaikan kepada orang lain. ..
Untuk menjadi baik, kita mesti mengasihi suami kita secara fitrah bukan dengan nafsu semata-mata...cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya...hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia...maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat...suami didorong untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah...hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah...Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini...Si isteri digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam...bukan takut tak tentu pasal sehingga secara tidak sedar mengwal pergerakan suami. (queen control)...
Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah memberi sumbangan kepada Islam...kita boleh sumbangkan duit, pakaian, masa, tenaga, fikiran, kepandaian, berdoa atau apa sahaja asalkan ianya boleh mempercepatkan tersebarnya Islam...dan yang paling penting ialah membawa rumahtangga agar selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. ..suami ditaati dan dicintai secara fitrah dan mengutamakan Allah dan Rasul dari yang lainnya. ..bagi seorang isteri, jika dia sedar akan hal ini, hatinya tidak akan susah...umpamanya jikalau suaminya balik lambat sedikit, atau mungkin ada kerja sehingga seminggu tidak balik, kita tidak akan marah-marah...sebaliknya kita akan sabar dengan suami kerana itulah yang dikehendaki agama dan akan menjamin keharmonian rumahtangga...Inilah cinta fitrah namanya.
Tetapi jika cinta nafsu telah menguasai diri, kita akan menjadi sebaliknya...Kita akan marah dan memaki hamun suami kita...dan ini akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak tenteram. ..Kerana itu pada hari kita dapat lihat banyak kerosakan rumahtangga yang berlaku...Kadang-kadang luarnya sahaja nampak bahagia tetapi di dalamnya penuh derita...suami lebih senang menghabiskan masa di luar rumah menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya. ..rumah bukan lagi menjadi syurga baginya tetapi ibarat neraka...tidak hairanlah kenapa pada hari ini terlalu ramai lelaki yang sudah bersuami memuaskan nafsu di luar...perzinaan menjadi-jadi...Maksiat dan mungkar bermaharaja lela..Kelab-kelab dangdut dibuka sehingga pagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan...Walaupun di dalam hal ini kesalahan tidak diletakkan pada isteri seratus peratus...tetapi sebagai muhasabah, eloklah direnungkan...
Seorang isteri yang menghalang kehendak suaminya, walhal suami mampu dan merasakan ianya satu keperluan, adalah seorang isteri yang mementingkan diri sendiri kerana terlalu melayan cinta nafsu...bila suami ingin kahwin lagi umpamanya, bermakna suami sudah punyai keinginan pada wanita yang lain selain daripadanya...sekiranya keinginan itu tidak ditunai atau dihalang, suami mula liar dan tawar hati dengan isterinya...bila hal ini berlaku, maka hubungan suami isteri akan mula cacat sedikit demi sedikit. ..jikalau isteri memahami, si suami akan terasa terhutang budi kepada isteri...kasih sayangnya kepada isteri akan bertambah...walaupun kadang-kadang orang berkata "Itu hanyalah alasan untuk memenangkan lelaki" tetapi sekurang-kurangnya, isteri dapat mengelakkan suaminya daripada berzina dan mendapat kemurkaan Allah..Inilah pengorbanan yang tinggi untuk mendapatkan keredhaan Allah..Semoga Allah membalasnya dengan rahmat dan kasih sayangNya...
Kita lihat di sirah, kisah Siti Asiah,isteri Firaun,..walaupun suaminya derhaka dengan Allah dan mengaku dirinya tuhan,..Siti Asiah tetap mendoakan agar suaminya diberi hidayah dan taufik agar kembali bertaubat dan menyembah Allah...tetapi kerana kedegilan Firaun, sehingga mati dia tetap mempertahankan keegoannya. ..tetapi bagi Siti Asiah,Allah angkat kemuliaannya sehingga di dalam Maulid Berzanji yang dikarang oleh Syeikh Ja'far Al Barzanji disebutkan yang membidankan Aminah,ibu Rasulullah s.a.w sewaktu melahirkan baginda ialah Siti Mariam, ibu nabi Isa dan Siti Asiah,isteri Firaun...begitulah kemulian dan darjat yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Siti Asiah disebabkan kesabarannya. ..
Dalam kehidupan kita, yang paling penting ialah Tauhid kita dengan Allah s.w.t...Tauhid itu bukan sekadar ilmu yang membahaskan rukun Iman yang enam, tetapi yang paling penting ialah penghayatannya bahawa setiap kejadian yang berlaku itu "kerja Allah"...Bila diberi nikmat, pangkat, harta kekayaan, maka kita patut bersyukur..jika kita diberi musibah, penderitaan dan kesakitan, kita sabar dan redha kepada Allah yang menjadikan segala-galanya.
Telah tersebut di dalam Hadith Qudsi : "Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi lain selain daripada bumiKu, Carilah langit lain selain dari langitKu, dan carilah tuhan lain selain daripada Aku."
Oleh sebab itu kita kena bersabar dengan sedikit kesusahan yang Allah timpakan kepada kita.kerana matlamat kita adalah untuk mencintai Allah dan RasulNya...Yang lain itu hanya cinta yang sementara...harta lama kelamaan akan hancur ditelah zaman...suami juga akan mati. Keegoan dan kepentingan diri akan membawa bencana kepada kita...oleh itu pilihlah cinta fitrah yang Allah letakkan di dalam hati orang-orang yang mengenal dan mencintai Allah daripada cinta nafsu yang akan memakan diri dan mengelirukan jalan kita menuju kepada Allah s.w.t....Bawalah syurga masuk ke dalam rumah kita dengan selalu bermusyawarah di antara suami isteri, melihat masalah itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan kemahiran diri, jatuh cinta berkali-kali kepada pasangan dan menerapkan agenda solih dan musollih..(menjadi baik dan memperbaikkan..)
Ibnu Abbas.."aku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk isteriku seperti isteriku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk diriku..."
Ingat!!apa yang menjadikan kita kuat..?Cinta yang Allah letakkan pada diri insan-insan di sekeliling kita yang mencintai kita kerana Allah...cinta si dia yang belum menyapa tetapi hanya akan menyapa kita bila sudah tiba masanya..jauhilah CINTA yang membawa kita ke lembah penzinaan...tapi dekatilah CINTA yang membawa kita merasa dekat kepada Sang Pencipta..