Wednesday, 12 December 2012
Until Jannah
Posted by Arnida Ariffin at 02:19 0 comments
Monday, 19 November 2012
~TaRiaN JeMaRiKu~
Posted by Arnida Ariffin at 20:40 0 comments
~Artikel Sedih~
~Jom kita baca sama2 artikel nie...yg baik ambil & yg buruk jadikan teladan yer...~
Nasihat kepada Si Suami~
Rina
sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang
tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu
dan dapat ku lihat keresahan di matanya.
Tiba-tiba lidahku
kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak
serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku
lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang?
Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan
Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku
tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan
pada Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil
rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung
wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni
kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik
tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi
bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega
melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian
kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu
kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri.
Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi
dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku
bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku
mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk
tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke
pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku
tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia
ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa
muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.
Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang.
Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak
kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung
ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan
dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang
kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka
pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari
kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku
cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia
tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan
kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku
lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami
telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku
masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami
mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini.
Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku
nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju
untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya
besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya
aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku.
Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku
selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat
lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku
setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu
memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah
fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari
leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya
sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku
menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini
kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu
ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik
pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak
akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina
tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya
tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana
kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati
dan aku terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat
hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku
singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah
kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung
Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.
Setibanya di
rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring
tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi
tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina
pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan.
Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk
dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak
lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari
anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya
di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
Posted by Arnida Ariffin at 07:29 0 comments
~Coming Soon~
Posted by Arnida Ariffin at 05:47 0 comments
Wednesday, 14 November 2012
PiLiHan HaTi
♥ Kecantikannya ♥
♥ Keturunannya ♥
♥ Kekayaannya ♥
♥ Agamanya ♥
Maka pilihlah yang BERAGAMA, nescaya hidupmu akan bahagia (^^)
Posted by Arnida Ariffin at 05:06 0 comments
Sahabatku
Posted by Arnida Ariffin at 04:29 0 comments
Monday, 22 October 2012
iNa & iDa
Posted by Arnida Ariffin at 07:31 0 comments
Sunday, 21 October 2012
✿ Ku MeMoHoN ✿
Posted by Arnida Ariffin at 00:32 0 comments
Saturday, 20 October 2012
✿ Jari Manis Puteri ✿
✿ Z & T✿
Posted by Arnida Ariffin at 04:12 0 comments
Friday, 19 October 2012
ADAM & HAWA
Posted by Arnida Ariffin at 02:37 0 comments
♥ TATKALA 2 HATI MENYATU ♥
Menanti tibanya saat lafaz sakinah, untuk mencari keredhaan Allah.. apabila dua jiwa telah bertemu, lantas dua hati itu akan bersatu, semoga bersatunya hati untuk saling mencintai Allah yang satu, insyaAllah..~
Lukisan 2 jiwa menjadi 1.. (,^^) ♥ (^^,)
"Dan kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.." (Surah An-Nisaa': 1)
♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana KEMULIAAN status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan"
♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana HARTAnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran"
♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita kerana KEDUDUKANnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan"
♥ "sesiapa saja yg menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau utk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dgn wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya"
(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dan al-Hilyah)
Subhanallah~
Posted by Arnida Ariffin at 02:06 0 comments
Tuesday, 9 October 2012
Antara Dua Hati
Posted by Arnida Ariffin at 06:37 0 comments
Monday, 8 October 2012
WeDDiNg FriEnD
Posted by Arnida Ariffin at 05:37 0 comments
Thursday, 4 October 2012
MAHAR RINDU ZAUJAH
Selagi Ada Jarak…
“Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yang paling mendalam
sehingga menjadi ralit”
Assignment yang sedang tekun dibuat tiba-tiba terhenti.
Ahmad terdiam dan terus mendengar bait-bait rangkap lagu tersebut.
“ Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini”
Benar, setiap untai kata di dalam lagu Jawapan Rindu Hafiz Hamidun itu benar-benar menusuk ke jiwanya. Satu bentuk dilemma yang seakan-akan tiada kesudahannya. Buntu. Itulah keadaan yang dialami dirinya tatkala ini.
Rindu ?
Cinta ?
Kasih ?
Sayang ?
4 kalimah yang dahulu hanya diucapkan dikala mengarang kini mulai kalinya dirasai batinnya. Dia, hanya insan kerdil yang mengalas amanah khalifah dan ubudiyyah termenung sendirian. Kenangan semalam menjentik kembali kalbunya. Kisah-kisah temannya bercinta dan akhirnya dikecewakan. Lama sebelum lasso dakwah menangkap dan meletakkan mereka di landasan ini.
***************************************************************************************
Berikut merupakan antara dilema para kader dakwah yang terkadang dijentik fitrah ingin mencintai dan dicintai. Terutamanya pabila melihat para ikhwah sefikrah dirinya tersenyum gembira bersama zaujah masing-masing.
Umum mengetahui bahawa di dalam bahtera dakwah ini, tiada langsung peluang bagi “teori-teori” couple diterjemahkan menjadi praktik. Para naqib dan naqibah yg cemerlang akan terus memeriksa Mutaba’ah Amal para mutarabbi mereka. Tiada sebarang bentuk perhubungan rambang dibenarkan.
Kolot !!! Bak kata para “pejuang kebebasan fatarmorgana” di masa kini.
Wahai para daie sekalian,
Janganlah biarkan dirimu terpalit daki-daki jahiliah yang telah celik dikenal mata hatimu. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, pembinaan ini memakan masa, meletihkan minda dan membebankan emosi. Jalanan yang panjang bersimpang haluan memerlukan satu bentuk petanda bersinar sebagai peneman.
Petanda ini ialah mata hatimu. Mata yang rabun mudah sahaja dilengkapkan dengan kaca mata namun jauh sekali mata hati nurainimu. Cerah dan gelapnya bergantung kepada amalan. Mengilapnya memerlukan kesabaran dan amal jamaie yang berterusan.
Futur menanti amalan soleh tanpa berteman.
Habis, bagaimana dengan persoalan Cinta dan Jodoh ?
Ya akhi, bukankah itu semuanya telah tercatat awal dahulu sebelum dirimu melihat dunia ini ? Tercatat bersama ajal dan rezeki mu…
“Ramai orang yang mengejar jodoh meskipun ianya telah sedia tercatat namun begitu sedikit yang berlari mendapatkan hidayah meskipun ianya perlu dicari…”
Jika begitu, kita hanya perlu menunggu sahajalah ye ?
Jawapannya ialah Ya dan Tidak. Ya dan Tidak yang turut disertakan dengan persoalan-persoalan seterusnya.
Ya, tunggu jika
1. Penguasaan ilmu agamamu begitu rendah, perdalaminya dahulu.
2. Pemahaman ilmu rumah tangga tidak mendalam, perbanyakkan isinya.
Belajarlah…
Tidak, namun
1. Adakah tidak mahu menunggu ini tiket untuk couple ? La, tidak sekali-kali. Jangan dicemari bahtera pahala dengan muatan berdosa.
2. Adakah juga usahamu ini secara membabi buta ? La, kesungguhan syabab beserta hikmah soyus. Berbincanglah dengan yang berpengalaman. Bukankah pilihan keluarga dan cadangan Baitul Muslim sesuatu yang lebih baik dan terjamin.
3. Jelas sudah matlamat percintaan ini ? Adakah syahwat semata atau satu wasilah dakwah ? Dan sudah jelaskan apa itu dakwah ? Adakah dakwahmu itu beserta tarbiyyah ?
Tepuk iman, tanya akal.
Hati-hati memberi “hati”
|
Posted by Arnida Ariffin at 03:39 0 comments