Tuesday, 22 May 2012
MATAHARI & CINTA
Cinta seperti matahari,
ia tetap bercahaya.
Walau malam menjelma,
cahayanya pada bulan tetap menerangi
kekadang ia
juga gerhana
tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta itu seperti
sinar matahari,
memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti
sinar matahari,
TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti
sinar matahari
yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI.
Kesabaran menanti kebahagiaan Cinta Yang Halal,
jagalah HATI kerana Allah...
Allah pasti akan menjaga HATI HambaNya...
Cinta Kepada Allah,
Cinta Kepada Rasulullah,
Cinta kepada ibu bapa,
Cinta kepada diri sendiri,
Cinta kepada Suami @Isteri
Asasnya Cinta kepada Allah diutamakan,
"Amar makruf nahi mungkar"
~ Tinta Senyumanku ~
Posted by Arnida Ariffin at 23:11 0 comments
Monday, 21 May 2012
Luahan Hati Umie
Luahan Hati Umi
Setiap malam kaktie telefon umie, rindu sangat dekat umie
dan adik2...macam biasa sembang tanya khabar sihat ke x, dah makan belum
walaupun ianya ditanya tiap2 hari tapi kaktie xpernah jemu malah xsenang duduk
lau xdengar suara umie. Sepanjang kaktie blaja di kedah, kaktie akan telefon
umie, abah n adik2 di kampung. Bagi kaktie ianya suatu kewajipan rutin harian
bertanyakan khabar keluarga tersayang.Hanya itu yg mampu kaktie lakukan sebagai
tnda kasih kaktie kt keluarga selain sentiasa berdoa untuk mereka. 3 tahun yang
lepas bila jer berjauhan dengan keluarga dalam perjuangan menuntut ilmu, setiap
malam kaktie akan dengar suara umie, suara abah, suara angah & suara adik.
Kadang2 bermakna sangat walaupun hnya sepatah kata sekurang2nya dengar suara
mereka. Suara umie abah n adik2 adalah semangat kaktie.. Keluarga sakinah yg
dibina oleh umie abah terlalu bahagia walaupun
perlbagai ujian yg diberikan Allah kepada kami. Kaktie bersyukur sangat
sebab dilahirkan dalam keluarga yg sangat bahagia dengan penuh kasih sayang dari
umie abah n adik2... Hidup kita di dunia hanya satu persinggahan, setiap yg
hidup pasti akan mati..itu kenyataannya.... keluarga kami masih diuji dalam
persinggahan nie sb abah kesayangan sudah dijemput iLahi... yang dulunya kami
adalah keluarga yg sangat bahagia tapi sekarang semuanya sudah berubah... tiada
lagi senda gurau, tiada lagi keindahan...sebenarnya Allah sedang menguji kami ,
Kadangkala
Allah sembunyikan sekejap matahari,
kemudian
DIA datangkan guruh dan kilat,
puas kita
menangis dan mencari di mana Matahari...
rupa-rupanya
Allah nak hadiahkan kita pelangi..
Kaktie & Abah
Angah & Abah
Kaktie yakin dengan janji Allah...Cuma kaktie masih
perlukan masa untuk terima kenyataan ini dengan redha...betapa sakitnya menahan
rindu pada arwah abah tersayang, kaktie nak dengar suara abah, kaktie masih
perlukan abah, selepas abah tiada banyak benda yg terpaksa kaktie hadapi,
pelbagai ujian yg kaktie harus tempuh abah...ampunkan hambaMu ini ya Allah
kerana tidak mampu melawan perasaan rindu...
Selepas tnya khabar umie tadi...kaktie mendengar luahan
hati umie yg tersangat pilu... Ya Allah umie terlalu kuat menghadapi dugaan yg
bertubi2 ini dari Mu Ya Allah..kenapa aku xsekuat umie ya Allah...berikan lagi
kekuatan kepada hambaMU yg lemah ini Ya llah...umie cakap..esok umie nak pergi
pusat sivik sebab ada perjumpaan bagi isteri2 yg kematian suami n umie cakap umie
nk bawa adik hanif sebab adik hanif akan mendapat sumbagan sebagai anak yatim...pada
mulanya umie cakap umie minta tolong saudara yg hantarkan esok tetapi Allah
mempermudahkan segala urusan, Allah mendengar tangisan umie...Alhmdulillah
petang tadi kakha (kawan umie & arwah abah) telefon umie bertnyakan adakah
umie turut dijemput esok..umie cakap yer...kakha pon senasib nga
umie...suaminya juga turut meninggal sebulan sebelum abah meninggal. Kakha
menawarkan dirinya untuk menjemput umie dirumah untuk pergi bersama2...
Alhmdulillah Allah mempermudahkan segala urusan.
Selepas itu, umie memberitahuku semalam umie ada terdengar
satu ceramah dlm tv yg mengatakan “seseorang yang akan meninggalkan dunia ada
dua perkara yang difikirkan nya iaitu yang pertama dia fikirkan bagaimana
keadaannya dijemput Allah di alam lain & perkara kedua yang difikirkan
iaitu dia takut untuk meninggalkan saudara n isteri anak2nya yg tersayang”
Ingin menitis airmataku bila mendengar kata2 umie tadi... lantas kaktie teringatkan
arwah abah sewaktu di hospital...patut la arwah abah memandang kaktie macam
xnak lepas masa kaktie lap badan abah...abah pandang kaktie seolah2 abah nak nagis
tapi abah tahan...kaktie xtahan tgk abah pandang mcm tu sebab terlalu sayu
kerana sinar mata abah tiada sinar lagi...saat tu kaktie memg tahan air mata
kaktie sb xnak abah sedih...kaktie tersangat sayangkan abah...kaktie tnya abah
dh makan tp abah menjawab dgn lesu sgt...itu lah pertama kali kaktie tgk abah
sakit terlantar di hospital...masa kaktie nk suapkan abah....abah xbagi
sebab mungkin abah xsangup melihat mata
anaknya...abah....kaktie tersangat rindukan abah...abah..camne kaktie nk redha
dgn semua nie abah...kaktie bukan nk meratapi pemergian abah tp kaktie
tersangat rindukan abah..kaktie selalu doakan abah..kaktie bacakan yasin n
quran untuk abah sepertimana abah slalu nasihatkan kaktie suh slalu baca
quran.... kaktie xdapat tahan abah...kaktie rindu abah...abah baik2 saja kan
disana...abah tnggu kaktie yer...kaktie yakin kita pasti akan berjumpa lagi di
alam yg nyata... abah....lau kaktie menangis air mata darah skali pon abah
tetap xkan kembali...kaktie nk jmpe nga abah biarlah hanya dalam mimpi sb
kaktie tersangat rindukan abah...rindu sangat2 abah...abah....kaktie xboleh
dengar lau kawan2 kaktie berceritakan ttg abah diorang sb kaktie dah xda abah...
abah.... kaktie dah ada teman sejati yg sangup hidup susah senang nga
kaktie...kaktie yakin abah pasti seronok walaupun abah xsempat jumpa nga teman
sejati kaktie...abah restui kami yer abah....kaktie tersangat rindukan abah....
Umie cakap.....sewaktu abah nazak (masa tu kaktie masih
dalam perjalanan pulang dari kedah ke gm)...umie xmenangis malah umie bagi
semangat dekat abah..umie bisikkan di telinga abah..umie cakap kt abah, abah
pergi lah dgn tenang...dua orang anak lelaki sedang menantikan abah disana,
anak2 yg ada (kaktie, angah & adik) umie akan jaga dengan penuh kasih sayang....umie
cakap, abah pergi dulu...umie pasti akan kesana jua nanti sb semua yg hidup
pasti mati...umie sempat ajar abah mengucap, Ya Allah...malam nie umie luah jua
kt kaktie...kaktie memg rasa nk ngis tp kaktie tahan air mata tu sb xnak umie
sedih lagi...kaktie memg xkuat....umie cakap lepas umie ajarkan abah
mengucap..umie xtahan lagi...umie ke belakang bersama adik hanif n angah menangis... Alhmdulillah umie
cakap masa abah tengah nazak umie x
meraung malah Allah beri kekuatan kt umie untuk membisikkan kekuatan ditelinga
Abab... kaktie masih tertnya2 nape kaktie xdiberi peluang berada di sisi abah
masa abah nazak..adakah mungkin kaktie xkuat...sedangkan kaktie dah balik jmpe
abah..sebenarnya Allah mengetahui pe yg terbaik untuk kaktie...sehari je kaktie
datang kedah abah meinggal....tp kaktie tetap bersyukur kaktie sempat mengucup
abah untuk kali terakhir.....
Ya Allah...
kuatkanlah hati hambaMU ini dalam
menghadapi dugaanMU Ya Allah....
Ya Allah..kau permudahkan segala urusanku dan keluargaku ya
Allah...
Ya Allah....hanya kepadaMU aku bergantung ya Allah...
Ya Allah...kau tempatkanlah abahku di kalangan org2 yg
beriman n soleh...
Ya Allah...kau ampuni aku sementara aku tidak dapat
menahan
perasaan rindu kepada Abah ya Allah...
Ya Allah....aku memohon ya Allah kau sampaikanlah
rindu n sayangku kepada Abah ya Allah...
Ya Allah..jadikanlah aku seorang anak yg solehah
kepada umie n arwah abahku ya Allah...
Ya Allah....kau ketemukanlah n satukanlah
keluarga kami di SYURGAMU Kelak Ya Allah....
Amin..Amin..ya rabbal a’lamin...
~~~~Hati Berbicara~~~
Posted by Arnida Ariffin at 10:48 0 comments
Saturday, 19 May 2012
TiTiSaN AiR MaTa
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu,
tolong
pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang
akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam
…
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong
jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan
kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis
keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau
rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA
Dibalik KELEMBUTANYA
dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
UTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT
UTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT
bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa
memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU dan MENANGIS
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Renungkan lah bahawa “Betapa BERHARGAnya seorang ISTERI”…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Renungkan lah bahawa “Betapa BERHARGAnya seorang ISTERI”…
==Kiriman Tulus Bakal Zauj==
Posted by Arnida Ariffin at 02:24 0 comments
Wednesday, 9 May 2012
ADAM & HAWA
Assalamualaikum,bismillahirrahmanirrahim...
Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam
“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..” “Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA
Posted by Arnida Ariffin at 22:36 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)