SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Wednesday 22 June 2011

:::♥♥♥::: Jaga Hati :::♥♥♥:::

Macam mana hati boleh rosak?

Hati yang rosak terjadi akibat sifat hasad dengki, sombong dan sebagainya.

Manusia dengan sifat sebegini sentiasa mencari kekurangnya orang.

Berdasarkan pengalaman ramai orang, sifat sombong terhasil akibat tidak bersyukur. Mereka merasakan mereka lebih hebat. Sedangkan manusia yang hebat adalah manusia yang bertaqwa kepada Allah.

Dengan itu marilah kita cuba untuk tidak terjebak ke dalam golongan tersebut.

Jika sifat itu masih ada dan sukar untuk dibuang, kita ambillah pendekatan secara positif, dengan mencabar diri sendiri untuk sentiasa maju secara sihat.

Untuk hati sentiasa sihat, sentiasalah beristighfar dan berzikir mengingati Allah. Insya Allah, kita akan terasa sangat dekat dengan Allah, dan hati akan sentiasa sihat dibasahi dengan zikirullah.


فَٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ
Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (Neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 29)

Monday 20 June 2011

❤●•٠ Maaf ❤●•

❤●•٠  Maaf....

●•٠Ungkapan itu mungkin terlalu berat untuk diluahkan. Tak tahulah ego tahap mana yang meraja dalam diri. Susah sangatkah mahu dibebaskan dari sangkar hatimu itu? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan hati diketuk. Dengan akal sekali lagi. Moga jernih air yang keruh.

❤●•٠ Jangan memilih siapa dia.

●•٠Perlukah dimaafkan atau tidak. Kita berukhuwah tanpa mengenal rupa bukan? Janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, ada hak dalam berukhuwah yang tak tertunai. Ada juga yang akrab bukan main, tapi oleh kerana satu kesilapan yang dia lakukan, kita menjauhkan diri.

●•٠Cermin diri. Muhasabah. Sempurnakah kita? Tidak. Begitu juga sahabatmu itu. Daripada mengenang kesilapannya yang cuma satu atau dua, apa kata kita hargai kebaikan dia yang lebih dari itu? Barulah terasa kemanisannya. InsyaAllah.

●•٠Ya, memberi dan memohon maaf itu salah satu hak dalam bersaudara. Macam mana nak rasa kemanisan iman kalau urusan semudah itu pun tak selesai? Excuse me. Semudah itu katamu?

●•٠Memang semudah itu kalau yang bertakhta di hati itu iman. Kalau ego yang menguasai, memanglah payah. Sekali lagi, ketuklah pintu hati dan tanya padanya siapa pemilik takhta tertingginya. Itu belum lagi sampai pada soalan yang lebih mencabar. Di mana DIA di hatimu?

●•٠Bukankah memaafkan itu bermakna kita berlapang dada dengan apa yang terjadi dalam sesebuah ukhuwah. Benarlah, berlapang dada itu yang paling asas sebenarnya dalam tingkatan ukhuwah. Kalau yang asas pun rapuh, bagaimana binaan ukhuwah tersebut mampu kukuh?

❤●•٠Mengalah Bukan Bererti Kalah

●•٠Tapi benar. Andai dia tidak mahu memaafkan, kamulah yang perlu mengambil langkah pertama. 

●•٠Ungkapkan kata keramat itu pada dia walaupun hatimu yang terluka. Leburkan egomu sendiri sebelum meleburkan ego yang lain! InsyaAllah sedikit sebanyak luka itu akan sembuh perlahan-lahan.

" What you give, you get back

●•٠Moga-moga dengan sikapmu yang berhati mulia itu bisa melembutkan hatinya untuk meminta maaf kembali. Siapa tahu? Api tak mungkin dipadamkan dengan api bukan? Maka jadilah air. 


❤●•٠Maafkan Dia Kerana Tidak Meminta Maaf Padamu

●•٠Dia masih berkeras hati? Penantian itu satu penyiksaan bukan? Maka janganlah ditunggu. Kelak memakan diri kerana terlalu lama menunggu. Biarkan dia. Lepaskan dan bebaskan perasaan resah yang membelenggu jiwamu. Biarkan ia terbang. Jangan ditunggu kepulangannya. Serahkan bulat-bulat pada DIA!

●•٠Maafkan dirimu. Dan maafkan dia kerana tidak melakukan apa yang kamu hajatkan. Itulah maaf yang sebenar-benarnya. Manusia kan makhluk Allah yang sangat kompleks? Kita bukan Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati mereka. Bahkan hati sendiri pun belum tentu!

●•٠Sibukkan diri dengan perkara lain. Jangan terlalu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang tidak pasti. Utamakan yang lebih utama. Allah kurniakan pada manusia kemampuan dan pengetahuan yang sangat-sangat terbatas. Kamu tahu kenapa? Hikmahnya apa? Renung-renungkan. Fikir-fikirkan.

❤●•٠Maaf Itu Membahagiakan

●•٠Kalau kamu benar-benar memaafkan, nescaya berbahagialah kamu. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya! Berkali-kali ganda! Dan saat itu, katakan terima kasih padanya, kerana menjadikan kamu orang yang paling bahagia pada waktu itu. Alhamdulillah. 

●•٠Sabda baginda Nabi

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:  

Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

●•٠Ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Bermula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walau sekejap cuma. Yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dahulu. Yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu. Yang sama-sama berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

●•٠Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hatimu. 

●•٠Walaupun pada mereka yang telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kamu lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan padamu. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan membahagiakan saudaramu. 

●•٠Abu Burdah r.a berkata:  

Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:  Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Artikel iluvislam.com

Sunday 19 June 2011

Contohi Saidatina Khadijah WaHai WaniTa


Rasulullah SAW bersabda;

"Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" 
 Hadis Riwayat Muslim

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita."
Hadis Riwayat Bukhari

Fitnah wanita :- 
  • Bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.
  • Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.
  • Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

:::♥♥♥:::

Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Siapakah wanita itu? 

Saidatina Khadijah RA

."Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.

:::♥♥♥:::

Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.

Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya.

Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW. 

Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?

Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh.
Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.

:::♥♥♥:::

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, 

" Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.
Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.

Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. 

Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama.

Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT.

Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua.

Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

:::♥♥♥:::

  • Wahai lelaki...wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

:::♥♥♥:::

  • Wahai wanita...suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

:::♥♥♥:::

  • Wahai ummah... wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan puji?
Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya.

Agar sebagai persediaan buat hari-hari seterusnya.

Artikel iluvislam.com

Saturday 18 June 2011

MiLik SiApA HaTi iNi



  • Hati milik ALLAH dan diamanahkan buat kita.

  • DIA akan memberi cahaya kepada hati kita jika kita memeliharanya. 

  • Hati perlu sentiasa digilap agar bersih dan bercahaya. 

  • Andai kita cetek ilmu, maka belajarlah dan hadiri majlis ilmu. Mengapa dibiarkan hidup dalam kejahilan dan serik dengan kegagalan? Bawalah semangat ombak dalam diri; setiap kali jatuh, akan bangkit kembali tanpa jemu.

  • Ketahuilah bahawa tika jendela hati terbuka, tiada tembok konkrit yang mampu menghalang kejayaan. 

  • Kita ada senjata hebat; antaranya solat, puasa, sedekah, zikir dan doa. 

  • Yakinlah bahawa pergantungan kepada-NYA mampu mencairkan hati yang sekeras kerikil malah doa merupakan kunci kekuatan dalaman setiap insan.

Wednesday 15 June 2011

Bidadari Tercantik

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).


Bidadari Syurga Pictures, Images and Photos



Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya yang bermaksud mata yang di redhai).

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar atau pergi.
Sebelum Zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah,maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...

''Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ...akulah 'Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Tuesday 14 June 2011

Besday Boy 13/6

Mohamad Hanif Bin Mohamamad Arifffin

 
Putera Umie Abah... kekasih kaktie & Angah
  • Happy birthday adik hanif sayang. 
  • Ulang tahun kelahiran hanif yg ke-6 (13/6/2011)
  • Kaktie, angah, umie & Abah akan sentiasa mendoakan adik semoga menjadi anak yg soleh & berjaya dalam kehidupan
  •  I LOVE U DIK...

Sunday 12 June 2011

Adab Dalam Bersahabat

Jika mendengar kata sahabat, tentunya yang ada di benak kita adalah seorang teman setia yang penuh pehatian, selalu mahu mendengar masalah-masalah kita, menghargai, membantu di kala susah dan ikut gembira di kala kita gembira. Agama kita telah mangatur semua itu, termasuk bagaimana adab-adab kita dalam bersahabat yang ditujukan untuk mencari redha Allah.
Tujuan Persaudaraan

Hasan al-Bashri rohimahullah dalam hal ini mengatakan,  

“Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu akan kewajibanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu dari seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.”

Beliau juga mengatakan, 

Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri saudaranya, ia bersegera meluruskan juga selalu menjaga aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain."

Kalaupun kita melihat kejelekan dan kekurangan secara tak sengaja, maka tidaklah perlu membicarakan kejelekan pada orang lain. Tutupilah kelemahannya itu, dan jadikan sebagai rahsia peribadimu sepanjang hayat.

Itulah hakikat persahabatan sebenarnya. Sesungguhnya seorang yang lemah akan lebih mampu untuk meluruskan nafsunya yang hendak berbuat maksiat dengan bantuan teman-temannya.

Bantuan Material

Ada muslim yang dilebihkan dalam hal rezeki atau kewangan dan ada juga yang kekurangan. Ini adalah sunnatulloh. Segalanya diciptakan oleh Allah dengan pengetahuan dan keadilan-Nya yang sempurna. Membantu kesulitan dalam hal material, adalah salah satu adab kita dalam bersahabat. Dan juga sebagai wasilah mendulang pahala kita. 

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya,  

“Dan barangsiapa yang membebaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat. “ (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saling Menolong dalam hal Kebaikan

Firman Allah dalam surat al-Maidah ayat 2 yang ertinya,  

“…. Tolong menolonglah dalam kebaikan serta takwa dan jangan tolong menolong dalam kemungkaranan dan permusuhan…”

Sebagaimana juga janji Rasulullah SAW

“Allah akan selalu menolong hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” 
 (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menahan Lidah

Rasulullah SAW bersabda yang artinya, 

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya berkata yang baik atau diam.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Buatlah Senang

Teman yang baik akan berusaha memberikan kesenangan kepada kawannya. Setiap bertemu bisa mengubati perasaan gundah yang menimpa. Sekali-kali berikanlah hadiah kepada sahabat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang ertinya, “Berikanlah hadiah nescaya kalian akan saling mencintai.”

Maafkan, sembunyikan dan baik sangka

Manusia tempatnya salah dan silap. Orang lain mungkin berbuat salah, demikian juga dengan diri kita. Bila sedar akan hal ini semestinya kita akan bersikap arif. Kesalahan dan kekhilafan saudara kita hendaknya dimaafkan. Disamping memaafkan kita tidak boleh menyebarkan aib kepada orang lain. Allah menjanjikan pahala besar bagi orang yang mahu menutupi aib saudaranya.

Sabda Rasulullah SAW yang ertinya,  

“Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat. ( Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Memaafkan, menyembunyikan kekurangan dan nasihati dengan kebaikan dilakukan dengan empat mata, dengan memperhatikan adab-adabnya.

Setia

Kesetiaan sangat disertakan dalam persahabatan dan diharapkan kekal sampai negeri abadi. Dan karananya tidaklah boleh seseorang mengkhianatinya. Rasulullah SAW bersabda yang ertinya, “Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh dikhianati, didustai, tidak dihinakan orang.” (Riwayat at-Tirmidzi).

Ungkapkan dengan doa

Doakan selalu untuk keistiqomahan sahabat kita dalam menjalankan ibadah kepada Allahsubhanahu wa ta’ala. Bahkan sekalipun telah meninggal.

“…Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
  ( QS. Al Hasyr : 10)
Semoga bermanfaat

Friday 10 June 2011

Bersediakah Anda utk Mati

Mati. Setiap yang bernyawa pasti dan akan mati. Bercerai roh dari jasad. Tahukah anda bila anda akan mati? Bersediakah anda untuk mati? Jika ditanya pada aku, sudah pasti jawapannya, aku masih tidak bersedia! Kenapa masih tidak bersedia?


Bukan untuk menikmati keindahan duniawi, bukan juga masih tidak puas hidup di dunia yang penuh godaan ini, tetapi mengenangkan terlalu banyak dosa yang masih belum di-top up dengan pahala, amalan yang amat sedikit apatah lagi Iman yang ibarat roda, turun dan naik. Sekejap di atas sekejap di bawah, aku terlalu takut dan malu untuk mengadap-Nya.

Pernahkah anda terfikir yang anda akan mati dengan tiba-tiba tanpa sebarang petanda? Aku pernah dan selalu. Tidak mengira masa terutamanya apabila berbaring untuk melelapkan mata, aku akan termenung sejenak. Merenung syiling yang bersawang, dalam cahaya yang samar. "Macam mana agaknya kalau Allah tiba-tiba nak cabut nyawa aku?" Aku fikir dengan mendalam dan selalunya datang perasaan gemuruh, gentar. Serius. Kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini.

Bila-bila masa saja.

Pernah, selalunya bila hampir terlelap, tiba-tiba datang perasaan seolah-olah nyawa hendak pergi. Terkejut. Terus beristighfar seraya bermonolog,  

"Ya Allah, jangan ambil nyawa aku lagi, jangan! Aku masih tidak bersedia lagi ya Allah!"

Serius. Aku bukan cakap sebarangan. Mungkin aku terlalu memikirkan banyak perkara. Pernah juga aku suarakan tentang perkara ini kepada ibu yang aku panggil umi, 

"Umi, kenapa along selalu fikir pasal mati eh? Petanda ke ni?"

Cepat saja umiku memotong kata,  

"Hish! jangan fikir bukan-bukan la.. Tu maknanya Allah nak along perbanyakkan amalan, ibadah, biar jadi orang beriman.."

Cuba anda fikirkan sejenak, hari ni kita tengok orang itu meninggal, orang ini meninggal, kita bersedih untuk orang itu dan menangis untuk orang ini. Tetapi, cuba anda bayangkan esok pula orang menangis untuk anda.
Setiap hari ada sahaja orang meninggal dan kadangkala dengan sebab yang tidak munasabah dan tidak tersangka. Jangan ingat mati itu menjemput tika hari tua, sebab sakit tua, apabila usia mencapai 70 dan ke atas. Kata orang, umur kritikal untuk ke masjid.

Apa salahnya kita muhasabah diri. Kadang-kadang aku termenung, kenapa orang itu dan orang ini masih leka bermaksiat, kalau tiba-tiba Allah cabut nyawa masa itu, alangkah ruginya.

Dulu, masa belajar di kolej matrikulasi, aku sempat menyertai dan mengikuti jemaah tabligh. Banyak yang aku belajar dan masih banyak yang aku tidak ketahui. Masih aku ingat kata-kata ini,  

"Amalan kita, solat kita, puasa kita dan sebagainya itu bukan menjamin kita untuk ke syurga-Nya. Beribadahlah berterusan seribu tahun sekalipun belum tentu menjamin kita untuk ke syurga Allah."

"Ya Allah, layakkah aku untuk ke Syurga-Mu?" Aku bertanya.

Habis itu apa yang menjamin kita untuk ke Syurga Allah?

Jawapannya ringkas saja, "Keredhaan Allah". Keredhaan Allah yang membenarkan kita untuk menjejakkan kaki ke Syurga nan indah itu. Wallahualam.

Jadi, setiap perkara yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan-Nya. Apa jua perkara sekalipun. Muhasabahkan diri.

Apabila anda bersendirian, keadaan sunyi sepi.. cuba pejamkan mata. Bayangkan sudah tiba masanya untuk anda pergi selamanya. Sakit bukan kepalang.. luka terhiris sembilu sudah pedih, apatah lagi roh yang hendak bercerai dari jasad.

Anggota badan anda tidak dapat bergerak, bermula dari bawah.. perlahan-lahan ke atas. Deria anda yang terakhir yang dapat berfungsi ialah telinga. Saat itu, semuanya sudah gelap gelita, hanya dapat mendengar bunyi persekitaran.

Telinga adalah deria terakhir yang berfungsi sebelum roh meninggalkan jasad. Sebab itulah kita dikehendaki membisikkan kalimah syahadah di kala seseorang sudah nazak. Nazak bermakna nyawa sudah sampai ke penghujungnya.

Memuhasabah diri sedikit sebanyak dapat membantu kita, sejauh manakah kesedaran kita.. kesediaan kita untuk mati. Jangan sedar saja, hendaklah disusuli dengan amalan yang diredhai-Nya. Aku berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekalian. Moga hidup kita sentiasa diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

-Artikel Iluvislam.com

Hasil penulisan graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik & Elektronik dari UTHM 
http://www.mushmello.com/
semoga bermanfaat utk perkongsian ilmu

Thursday 9 June 2011

Sikap Wanita Yg Disenangi Lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."


(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
(1) KEIBUAN
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedangstress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masingdan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.


(2) KEANAK-ANAKAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelekkan hati.

(3) PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

(4) MENGHARGAI

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

(5) MENJAGA PENAMPILAN

Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

(6) PANDAI BERBICARA


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

(7) PANDAI BERGAUL & MENYESUAIKAN DIRI

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

(8) MENGHORMATI DIRI SENDIRI

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

(9) SIMPATI & PRIHATIN
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com 

♥ perkongsian ilmu... semoga bermanfaat...

Tuesday 7 June 2011

Cinta Dalam Diam

Bila belum bersedia melangkah 
lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah
satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, 
dengan tidak mengajaknya 
menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian 
dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan 
kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal 
yang akan merosak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta 
adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...


 Kisah Fatimah dan Ali 

Kedua-duanya saling memendam 
apa yang mereka rasakan,
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan 
dalam ikatan suci nan indah,
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... 
kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah 
akan membuat harapan itu
menjadi nyata hingga cintamu yang diam 
itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...

  • Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

  • Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

  • Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.

  • Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu.

  • Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

  • Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

  • Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." 
(QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " 
(QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) 

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " 
(QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
Bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

 Cukup cinta dari kejauhan


karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
Maka cintailah ia dengan keikhlasan...karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati.

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" 
(QS.An Nuur:26) "

"Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan"
 kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku 
dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " 
(Umar bin Khattab ra.)

Monday 6 June 2011

Anggunkah Hati Kita

Dalam kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?


 Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)

Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu.

  • Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. 
  • Qalbu pula bermaksud berubah-ubah.
Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam.

Semua ini berkaitan dengan Iman. Sesungguhnya Iman itu boleh bertambah dan berkurang. 

"Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan 
sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita."

Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk. Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?

3 Jenis Hati

Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.
Air kosong

Air kosong diumpamakan  seperti hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan? Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Air teh  

Air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Air kopi pekat   

Air kopi pekat diibaratkan seperti  hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Proses pencucian hati 

Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, 
  • sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah. 
  • Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.
  • Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. 
  • Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih dan jagalah ia selalu.

"Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita".



Saturday 4 June 2011

Keluarga Bahagia

                                            @ Hayati , Hana & Hanif @

Bestnye petang nie abah belanja makan aiskrim. Adik hanif beli perisa pandan, kaktie perisa strawberi n angah perisa coklat. Aiskrim yang berlainan perisa..semua nyer best. hehehe..kaktie sayang abah & umie... Kami kembali tersenyum namun senyuman yang harus dikekalkan untuk meneruskan persinggahan hidup di dunia ini... Yang masih hidup kita harus menyayangi mereka dengan seikhlas hati namun yang sudah tiada harus diingati sepanjang masa beserta iringan doa. 

Bersyukur ke hadrat Ilahi,
Kerana aku masih bisa melihat 
keagunganMu Ya Rabbi,
Indahnya CiptaanMu,
Besarnya kekuasaanMu,
Sesungguhnya Engkaulah, 
Pencipta Alam semesta Ini,
Yang menakluk kerajaan langit  & bumi,
semoga aku tidak lupa,
semoga aku tidak lalai,
akan kewajipanku kepadaMu,Ya Allah,
Ya Allah kau lindungilah keluargaku dari 
segala malapetaka & kemurkaanMu
Kau sayangilah ibubapa ku sepertimana mereka menyayangiku sejak kecil,
Kau jadikanlah aku, angah & adik anak yang soleh & solehah
kepada kedua-dua ibubapaku
Ya Allah kepadaMu aku memohon &
kepada Engkau jua aku meminta pertolongan
Ameen... Ameen Ya Rabbal A'lamin


                                             ... keluargaku yang disayangi...



Thursday 2 June 2011

Kembalilah Tersenyum

Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2
 
Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)
 
Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.