SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Sunday 20 November 2011

Membina Syurga Cinta

Assalamualaikum wbt..'berhiaslah dengan keindahan, maka kamu akan melihat segala yang ada di sisi kamu itu indah..."

 
Apa itu CINTA??? adakah hanya sekadar lafaz sahaja ataupun pembuktian semata- mata? Adakah kita jatuh cinta kerana bersebab? ataupun kita jatuh cinta kerana cenderung kepada sesuatu...?

Sahabat semua, cinta itu adalah kecenderungan kita kepada sesuatu..dan menurut Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah, cinta itu boleh lenyap bersama dengan sebab...ia satu fitrah yang tidak boleh kita nafikan..namun begitu, kita kena pastikan apakah 'arah ' kecenderungan kita tersebut..adakah cinta kita itu

i) ibarat singa dan pedang...? - rasa cinta kita kepada dakwah, tarbiyyah, perjuangan, keluarga???

ataupun...

ii) cinta bencana besar..? - bila cinta datang menyapa,kita gelabah..jadi tidak keruan..sehingga kita mula bertindak di luar kawalan dan rasional itu mula di ketepikan...akhirnya, menjadilah satu bencana besar kepada diri,keluarga dan ummah..nauzubillahi minzalik...

ataupun...

iii) cinta itu ibarat arak dan memabukkan...? - sms by sms datang masuk ke inbox, call by call xkira masa dan juga tempat..sehingga menganggu kosentrasi kita sebagai seorang hamba Allah..lebih menantikan sms yg dtg berbanding dengan menantikan masuk waktu solat..lebih bergayut di dinihari sehingga lewat utk menunaikan solat dan meninggalkan saff jemaah...



Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah membahagikan cinta itu kepada tiga...

i) Cinta kepada Allah..- cinta utama yang sepatutnya kita berikan sepenuh dan seikhlas hati..
 
ii) Cinta kerana Allah..- kita cinta dia bukan kerana dia adalah polan bin polan, bukan kerana dia seorang jurutera, bukan kerana dia seoarang anak YB, bukan kerana dia pakar dalam multimedia..bukan!!!kita cinta dia kerana dia adalah hamba Allah,kerana agamaNya..pengabdian dia kepada Allah...
 
iii) Cinta bersama Allah..- inilah yang kita katakan sebagai syirik cinta..kita mensyirikkan cinta Allah itu dengan cinta manusia..rasa cinta kita itu,kita samakan kepada cinta kita kepada manusia yang lain...

Jadi, persoalannya...apakah CINTA kita??? di manakah CINTA kita???kita kena pastikan bahawa cinta kita itu adalah cinta yang menjadi matlamat iaitu cinta untuk meraih redha Ilahi..bukannya menjadikan cinta itu sebagai alat...


Ingin menyintai dan di cintai itu memang satu fitrah dan juga tidak boleh kita pandang secara negatif..kerana pada Allah itu sendiri ada CINTA..cinta itu datang dariNya dan akan kembali juga kepadaNya..Dia Pemberi Cinta dan juga Pembolak hati-hati hambaNya..rasa cinta itu juga adalah satu anugerah Allah yang mengetahui keperluan hidup makhluk ciptaanNya..Keindahan rasa bercinta itu hanyalah dapat di rasai oleh mereka yang telah dan sedang melaluinya..

persoalannya???indah sangatkah bercinta tu???sehingga ramai di kalangan kita ni menjadi manusia yang tidak keruan dan 'angau'..ingat!!syaitan itu menggunakan pelbagai kaedah untuk menghancurkan manusia dan rasa cinta yang tak terkawal itu adalah sejenis dadah yang di suburkan oleh syaitan untuk menjadikan kita 'mabuk' dan 'ketagih'...dan syaitan itu menyesatkan manusia menggunakan pelbagai jenis pintu..di antaranya adalah pintu harta, pintu takhta/pangkat dan juga pintu wanita/lelaki...maka,jangan dengan mudahnya kita membuka pintu-pintu ini kepada syaitan..
 
Rasa mabuk cinta dan tidak terkawal membawa kita terjebak ke kancah maksiat, lembah kehinaan dan sesal yang berpanjangan dek kerana kita hilang pertimbangan sebab telah di kawal oleh candu dan arak yang memabukkan..

Cinta juga dapat mengangkat darjat manusia, memahami matlamat hidupnya dan juga mendekatkan dirinya kepada Yang Esa..cinta sesama manusia atau kasih sayang sesama makhluk haruslah mampu membawa kita meningkatkan cinta kepada Allah..ingat!!tidak ada 'value' andai cinta sesama makhluk itu membawa kita menjauhkan diri dari Allah..

"Cintailah Allah sebelum menyintai Manusia.." Cuba kita lihat kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha..biarpun kisahnya tidak melambangkan suatu tragedi cinta seperti kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet atau banyak lagi cinta epik, namun menyintai Allah telah menyelamatkan Nabi Yusuf dan agamanya..kecantikan Zulaikha di ceritakan tiada tandingan sehingga mampu menundukkan ramai lelaki hatta Nabi Yusuf yang merupakan manusia tertampan ciptaan Allah juga di ceritakan turut bergoncang imannya tatklaa melihat paras Zulaikha ketika di goda...jika bukan kerana imannya kepada Allah, sudah pasti Nabi Yusuf akan terjebak ke dalam lembah kehinaan..

Sahabatku, kisah ini seharusnya di ambil sebagai satu contoh teladan..jika agama di dahului dalam apa-apa perkara yang kita semua buat, insyaAllah kita akan senantiasa di beri pertolongan dan bantuanNya..maka, sama-samalah kita koreksi diri, berapa ramaikah di antara kita mampu bertindak seperti Nabi Yusuf? kalau ramai lelaki seperti Nabi Yusuf, pasti tiada kes membuang dan menggugurkan anak..sayang sekali, kehidupan kita pada hari ini tidak menghidupkan dan mewariskan sirah Nabi terdahulu...
 
Bila seseorang itu berkahwin, sayanglah ia pada suaminya walau siapa pun suaminya...misalnya seorang perempuan yang pernah bersuami,kemudian bercerai atau mati, kemudian ia berkahwin lagi dengan lelaki lain, maka kasihlah ia akan suami berubah kasihnya kepada suaminya yang baru walaupun masih ingat pada yang lama...inilah cinta nafsu namanya...ini berbeza dengan kasih ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya...sekiranya  ditukar emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, namun hatinya tetap kepada ibunya di kampung...begitu juga ibu bapa, walau diganti anaknya dengan putera sultan sekalipun, ingatan tetap pada si anak...inilah yang dikatakn cinta fitrah yang murni...manusia tidak pernah merajuk apabila ibunya beranak lagi,ertinya dia tidak bimbang jikalau kasih ibunya berbelah bagi terhadap dirinya dan adik beradik yang lain...malah dia turut berbangga dengan kelahiran adiknya...walaupun dia tahu selepas itu kasih ibunya bukannya untuk dia seorang sahaja...Inilah kasih sejati dan semulajadi yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan...Ia membuatkan seseorang itu rela memberikan kebahagiaan kepada seseorang yang dikasihinya. ..

sebaliknya cinta yang didorong oleh nafsu adaah cinta yang tidak suci kerana ada kepentingan diri..ia bersalut dengan cemburu dan hasad dengki yang datang silih berganti...dia ingin bolot cinta untuk dirinya sendiri..cinta yang semacam itulah yang menghancurkan kebahagiaan suami isteri...terutama bila suami kahwin lagi..si isteri sanggup untuk lagukan apa sahaja demi melepaskan geramnya, benci dan dendam kepada suami...walhal alasan yang digunakan untuk bertindak sedemikan adalah kerana cintakan suami...ini akan menambahkan lagi kusutnya rumahtangga...Kiranya seorang isteri gagal memberikan cinta fitrah kepada suaminya, nescaya masalah rumahtangga tidak akan selesai...kerana cinta nafsu itu sememangnya tidak akan mendorong seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya, kecuali kepada perkara-perkara yang sesuai dengan nafsunya..sebab nafsu itu sifatnya adalah mementingkan diri sendiri dan memperkecilkan kepentingan orang lain...dia akan control suaminya untuk dirinya sedangkan di dalam Islam, orang yang paling baik ialah orang yang dapat memberikan banyak kebaikan kepada orang lain. ..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang dapat membuat kebaikan terhadap manusia yang lain."   

Untuk menjadi baik, kita mesti mengasihi suami kita secara fitrah bukan dengan nafsu semata-mata...cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya...hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia...maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat...suami didorong untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah...hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah...Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini...Si isteri digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam...bukan takut tak tentu pasal sehingga secara tidak sedar mengwal pergerakan suami. (queen control)...


Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah memberi sumbangan kepada Islam...kita boleh sumbangkan duit, pakaian, masa, tenaga, fikiran, kepandaian, berdoa atau apa sahaja asalkan ianya boleh mempercepatkan tersebarnya Islam...dan yang paling penting ialah membawa  rumahtangga agar selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. ..suami ditaati dan dicintai secara fitrah dan mengutamakan Allah dan Rasul dari yang lainnya. ..bagi seorang isteri, jika dia sedar akan hal ini, hatinya tidak akan susah...umpamanya jikalau suaminya balik lambat sedikit, atau mungkin ada kerja sehingga seminggu tidak balik, kita tidak akan marah-marah...sebaliknya kita akan sabar dengan suami kerana itulah yang dikehendaki agama dan akan menjamin keharmonian rumahtangga...Inilah cinta fitrah namanya. 





Tetapi jika cinta nafsu telah menguasai diri, kita akan menjadi sebaliknya...Kita akan marah dan memaki hamun suami kita...dan ini akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak tenteram.  ..Kerana itu pada hari kita dapat lihat banyak kerosakan rumahtangga yang berlaku...Kadang-kadang luarnya sahaja nampak bahagia tetapi di dalamnya penuh derita...suami lebih senang menghabiskan masa di luar rumah menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya. ..rumah bukan lagi menjadi syurga baginya tetapi ibarat neraka...tidak hairanlah kenapa pada hari ini terlalu ramai lelaki yang sudah bersuami memuaskan nafsu di luar...perzinaan menjadi-jadi...Maksiat dan mungkar bermaharaja lela..Kelab-kelab dangdut dibuka sehingga pagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan...Walaupun di dalam hal ini kesalahan tidak diletakkan pada isteri seratus peratus...tetapi sebagai muhasabah, eloklah direnungkan...   


Seorang isteri yang menghalang kehendak suaminya, walhal suami mampu dan merasakan ianya satu keperluan, adalah seorang isteri yang mementingkan diri sendiri kerana terlalu melayan cinta nafsu...bila suami ingin kahwin lagi umpamanya, bermakna suami sudah punyai keinginan pada wanita yang lain selain daripadanya...sekiranya keinginan itu tidak ditunai atau dihalang, suami mula liar dan tawar hati dengan isterinya...bila hal ini berlaku, maka hubungan suami isteri akan mula cacat sedikit demi sedikit. ..jikalau isteri memahami, si suami akan terasa terhutang budi kepada isteri...kasih sayangnya kepada isteri akan bertambah...walaupun kadang-kadang orang berkata "Itu hanyalah alasan untuk memenangkan lelaki" tetapi sekurang-kurangnya, isteri dapat mengelakkan suaminya daripada berzina dan mendapat kemurkaan Allah..Inilah pengorbanan yang tinggi untuk mendapatkan keredhaan Allah..Semoga Allah membalasnya dengan rahmat dan kasih sayangNya...   


Kita lihat di sirah, kisah Siti Asiah,isteri Firaun,..walaupun suaminya derhaka dengan Allah dan mengaku dirinya tuhan,..Siti Asiah tetap mendoakan agar suaminya diberi hidayah dan taufik agar kembali bertaubat dan menyembah Allah...tetapi kerana kedegilan Firaun, sehingga mati dia tetap mempertahankan keegoannya. ..tetapi bagi Siti Asiah,Allah angkat kemuliaannya sehingga di dalam Maulid Berzanji yang dikarang oleh Syeikh Ja'far Al Barzanji disebutkan yang membidankan Aminah,ibu Rasulullah s.a.w sewaktu melahirkan baginda ialah Siti Mariam, ibu nabi Isa dan Siti Asiah,isteri Firaun...begitulah kemulian dan darjat yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Siti Asiah disebabkan kesabarannya. ..


Dalam kehidupan kita, yang paling penting ialah Tauhid kita dengan Allah s.w.t...Tauhid itu bukan sekadar ilmu yang membahaskan rukun Iman yang enam, tetapi yang paling penting ialah penghayatannya bahawa setiap kejadian yang berlaku itu "kerja Allah"...Bila diberi nikmat, pangkat, harta kekayaan, maka kita patut bersyukur..jika kita diberi musibah, penderitaan dan kesakitan, kita sabar dan redha kepada Allah yang menjadikan segala-galanya. 


Telah tersebut di dalam Hadith Qudsi :  "Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi lain selain daripada bumiKu, Carilah langit lain selain dari langitKu, dan carilah tuhan lain selain daripada Aku."   


Oleh sebab itu kita kena bersabar dengan sedikit kesusahan yang Allah timpakan kepada kita.kerana matlamat kita adalah untuk mencintai Allah dan RasulNya...Yang lain itu hanya cinta yang sementara...harta lama kelamaan akan hancur ditelah zaman...suami juga akan mati. Keegoan dan kepentingan diri akan membawa bencana kepada kita...oleh itu pilihlah cinta fitrah yang Allah letakkan di dalam hati orang-orang yang mengenal dan mencintai Allah daripada cinta nafsu yang akan memakan diri dan mengelirukan jalan kita menuju kepada Allah s.w.t....Bawalah syurga masuk ke dalam rumah kita dengan selalu bermusyawarah di antara suami isteri, melihat masalah itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan kemahiran diri, jatuh cinta berkali-kali kepada pasangan dan menerapkan agenda solih dan musollih..(menjadi baik dan memperbaikkan..)


Ibnu Abbas.."aku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk isteriku seperti isteriku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk diriku..."





Ingat!!apa yang menjadikan kita kuat..?Cinta yang Allah letakkan pada diri insan-insan di sekeliling kita yang mencintai kita kerana Allah...cinta si dia yang belum menyapa tetapi hanya akan menyapa kita bila sudah tiba masanya..jauhilah CINTA yang membawa kita ke lembah penzinaan...tapi dekatilah CINTA yang membawa kita merasa dekat kepada Sang Pencipta..

 
~Tinta Hati Arnida~ 


Saturday 19 November 2011

Seketul HATI

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk menjenguk buku skrap maya saya ini yang teramat dirindui....sekarang ni banyak sangat isu sosial yang berlaku dalam negara kita cam isu buang anak, berzina, membunuh tnpa belas kasihan n bnyak lagi...ok sekarang sy tertarik untuk berkongsi tentang tajuk "Amalan elak hati jadi batu""

Seseorang yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat. Lebih membimbangkan ialah hati ke tahap tidak bernyawa lagi (mati) , pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka. Akibatnya mereka tidak dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempunyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t. Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akana terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam" (hadis riwayat Ibnu Majah

Allah telah berfirman yang bermaksud: " sebenarnya ayat kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." -surah al-muthaffifin ayat 14 

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan. Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membantu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." surah az-zumar ayat 22

Sucikanlah hati dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri . Firman Allah bermaksud : "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." surah al-Rad ayat 28

Jika seseorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya????? Empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah

Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingati anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat

Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan

Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah

Hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan  kebaikan atau kemungkaran

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah  HATI - Riwayat Bukhari dan Muslim

Setiap Muslim perlu bermuhajadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat

Lihatlah hikmah yang terdapat dalam kisah Luqman al-hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk. Kemudian Luqman membawa kepada tuannya SEKETUL HATI . Tuannya berkata " Wahai Luqman sembelih seekor daging paling tidak baik" Lalu Luqman juga membawa SEKETUL HATI



~~~~jadi kita yang mampu memilih bagaimana kita ingin mencorakkan hati kita~~~~

Pilihlah yang terbaik supaya hidup kita diberkati Allah dunia dan akhirat
 ~~~Sekian Wassalam~~~


Tuesday 1 November 2011

Redha Allah Di Atas Redha Ibu Bapa

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Bismillahirahmanirrahim..sahabat  yg disayangi Allah ...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk bersua dlm buku skrap maya sy ini

Sudah hampir sebulan saya tidak sempat untuk bertinta dlm ruangan ini disebabkan oleh kesibukan alam kampus dgn pelbagai tugasan yg diamanahkan...Namun kerinduan tetap bersama saya. InsyaAllah beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidiladha bagi seluruh ummat Islam

Pernah dengar x tentang "Redha Allah di Atas Redha Ibu Bapa"...jom kita sharing""

Keredhaan Allah atau Mardhotillah adalah sesuatu yang diharapkan oleh sekalian hamba Allah yang beriman. Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah kerana tiada apa lagi ganjaran yang lebih tinggi melainkan redha Allah s.w.t ke atas kita semua. Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan, pertolongan dan ganjaran dari Nya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.



--------;@------@-------@-------@---------@--------@------@

"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya
bererti dia membuat Allah redha kepadanya." 
(Riwayat Baihaqi)
 ---------;@--------@------@------@---------@--------@-------@

Hargailah ibu bapa kita selagi hayat mereka masih ada.
Selagi mereka masih disisi kita, itu adalah anugerah Allah
dan wajiblah kita menjaga mereka sebaik mungkin.
Tanpa ibu dan bapa siapalah kita.

Ucapkanlah kata sayang,
tautkanlah bibit cinta dan
rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka.

Moga redha Allah bersama dengan kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita. InsyaAllah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Saturday 1 October 2011

•*´¨`*• CERITA MALAS•*´¨`*•


Assalamualaikum... kali nie kita citer sal "MALAS" yer...kadang2 kita memg mempunyai sikap tersebut tetapi sikap tu boleh dielakkan supaya kita tidak terus leka tanpa mengerjakan ibadah kepada Allah. Ibadah tidak semestinya khusus kepada solat 5 waktu tetapi belajar juga salah satu ibadah kepada Allah. Namun harus diingatkan sesuatu yang kita kerjakan jika niat kerana Allah ianya dikira sebagai ibadah. InsyaAllah supaya kita semua mendapat pahala daripada Allah. Saya tidak hairan sekiranya belog saya tidak diziarahi oleh sahabat2 kerana saya postkan sesuatu disini kerana Allah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga untuk sahabat2...InsyaAllah.

~~~~~~~~~Artikel dari IluvIslam~~~~~~~~

Kemalasan dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan? Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.

Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah diselebungi sifat malas di dalamnya.

Di sini ada beberapa ilmu tentang malas yang telah saya dapati.

Malas boleh kita hindari ketika ia datang menyerang kemahuan dan semangat kita, di bawah ini ada beberapa tips antaranya:

1. Membasuh muka atau mandi ketika rasa mengantuk menyerang.

2. Mengubah posisi duduk ketika membaca. Misalnya dari duduk berubah menjadi berdiri, namun disarankan jangan dari duduk terus berbaring kerana ia boleh membawa kepada tidur.

3. Berpindah dari ruang baca ke ruang yang lain. Kalau kita berada di dalam bilik, berpindah dari bilik kita ke beranda, ruang tamu atau boleh juga ke dapur.

4. Menghirup udara yang segar dengan cara berdiri di tepi tingkap atau membuka tingkap yang terdapat di bilik lain untuk menambah kesegaran. Kita boleh juga memberikan bau aroma terapi kepada ruang tempat kita berada, misalnya dengan menyembur ruangan dengan wangi-wangian dan jika ada kipas angin, kita boleh menyembur pada kipas untuk menyebarkan wangi-wangian tersebut ke segala ruang. Ini kerana mungkin tidak semua ruang tempat kita berada mempuyai tingkap untuk pengudaraan.

5. Berjalan-jalan sebentar di sekeliling rumah. Boleh diganti dengan kegiatan yang lain misalnya merapikan rak yang berselerak, atau kegiatan yang lain yang boleh menggerakkan otot-otot kita.

6. Berbincang-bincang sebentar dengan keluarga atau kawan-kawan namun mengenai hal yang baik bukan hal yang buruk. Hati-hati jangan sampai lupa tujuan utama dalam berbincang-bincang iaitu untuk menumbuhkan semangat, bukan untuk berbicara hal-hal yang melalaikan bahkan juga mengumpat!

7. Berdiri membuat secangkir kopi, teh, susu atau juice untuk menghilangkan kebosanan dan menjernihkan akal.

8. Mengubah kegiatan kebiasaan kita. Contohnya jika bosan menghafal surat, boleh gantikan dengan membaca, jika membaca pula bosan boleh diganti dengan mendengarkan CD.

"Bersegeralah kamu melakukan kebaikan." (Al-Baqarah: 148)

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain." (Alam Nasyrah : 7)

------;@ Selamat Beramal @;------

Friday 30 September 2011

Di Manakah Cantiknye seorang WANITA



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

~~~~ Semoga bermanfaat ~~~~

Friday 23 September 2011

~♥✿ Berbaktilah Kepada IBUBAPA ✿♥~



~♥ Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

~♥ Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.
Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:

~♥ "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)

~♥ Maka, soal kebaktian seorang anak terhadap ibu bapanya perlu diutamakan dan diletakkan sebagai tugas yang penting untuk dilaksanakan. Menjelang hari tua, ibu dan bapa kita akan lebih mendalam kerinduan terhadap anak yang pernah dibesarkannya.

~♥ Tahap sensitifnya akan cepat terasa sekiranya anak yang dijaga bersikap kurang menyenangkan, atau melakukan perbuatan yang mengguriskan hati. Kita sebagai anak harus sedar akan kewajipan mentaati dan membahagiakan hati kedua ibu bapa. Firman Allah Taala yang bermaksud:

~♥ "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

~♥ Maksud "berbuat baik kepada kedua ibu bapa" sebagai mana yang disebutkan dalam ayat suci al-Quran selain dari menjaga tingkah laku, perkataan dan perbuatan dari sebarang kekasaran yang boleh melukai hati keduanya, kita dituntut untuk menjaga ibu bapa setelah mereka berada di usia yang tua.

~♥ Menjelang saat-saat hari tua adalah penantian kehidupan yang menggusarkan fikiran. Pasti semua ibu bapa akan kerisauan mengingatkan tentang kehidupan hari tua kelak. Dalam Islam, anak lelaki yang paling berkewajipan menjaga ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan. Seorang ibu boleh membesarkan anaknya yang ramai, sebaliknya anak-anak yang ramai belum pasti dapat memelihara kedua ibu bapanya.

~♥ Maka, antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

~♥ "Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim)

~♥ Menyentuh tentang jasa ibu bapa terhadap anaknya terlalu banyak. Sudah pasti, para ibu dan bapa akan menitiskan air mata jikalau ditanya tentang pengorbanan untuk membesarkan anak apatah lagi bagi golongan yang hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan dengan seratus peratus menggunakan kudrat sendiri untuk membela dan membesarkan anak-anaknya.

~♥ Ada sedikit perbezaan berbanding para ibu hari ini yang banyak bergantung kepada pembantu rumah serta penggunaan alat teknologi yang membantu meringankan beban atau tugas seorang ibu.

~♥ Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

~♥ Justeru, berbuat baik serta melayan kedua ibu bapa dengan nilai budi bahasa yang sopan adalah amalan yang terpenting untuk disemat di hati.

~♥ Sebagai seorang anak kewajipan mendoakan ibu bapanya  perlu diamalkan setiap hari. Apatah lagi sekiranya  kedua telah meninggal dunia. Doa anak yang soleh akan terus-menerus sampai kepada ibu bapanya yang berada di alam kubur. Firman Allah Taala yang bermaksud:

~♥ "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra' ayat : 24)

~♥ Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.

~♥ Para isteri perlu menyedari hakikat kewajipan suami terhadap orang tuanya dengan merelakan suami menunaikan tugasnya terhadap kedua ibu bapanya dengan sempurna sekalipun memerlukan masa, wang dan pengorbanan lain. Menghalang suami dari berbakti kepada kedua ibu bapanya di hari tua adalah satu pilihan yang kejam.

~♥ Mengambil hak seorang ibunya yang benar-benar mengharapkan adanya anak yang akan mengingati jasa dan pengorbanan silam dengan menjaganya saat-saat tidak berkeupayaan adalah satu sifat yang tidak berperikemanusiaan. Alangkah baiknya sekiranya masih ada isteri akan mengingatkan suami akan kewajipan menjaga orang tuanya.
~♥ Kita perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, seorang pemuda yang hidup pada zaman Rasulullah SAW. Dia tidak dapat mengucap kalimah syahadah lantaran sikapnya yang mengutamakan isteri daripada ibunya. Sedangkan Alqamah merupakan seorang yang taat kepada perintah Allah, rajin menunaikan solat, suka bersedekah dan sering berpuasa.

~♥ Lantas, Rasululllah SAW memanggil ibunya bagi mendapatkan keampunan, sebaliknya ibunya menolak kerana masih berkecil hati dengan sikap Alqamah yang mengutamakan isterinya.   Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya.
Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan seterusnya Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

~♥ Sebaik sahaja Alqamah dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di kuburnya lalu bersabda bermaksud:  

~♥ "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)

~♥ Para isteri perlu lebih memahami hak-hak ibu ke atas anaknya yang diberi keutamaan dalam Islam. Lantaran, anak-anak kita juga akan bertindak dengan apa yang pernah kita perlakukan terhadap ibu bapa  kerana kesaksamaan Allah yang maha adil. Justeru, isteri harus bersikap reda dengan ruang-ruang yang perlu dipenuhi oleh suami terhadap ibu bapanya.

~♥ Kehadiran anak adalah sesuatu yang berharga di hari tua. Nabi Ibrahim meluahkan kesyukuran kepada Allah kerana diberi anak yang bakal menemani di hari tua sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

~♥ Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.  (Surah Ibrahim, ayat 39)

~♥~~~~ Coretan Arnida Ariffin ~♥~~~~♥ 

Sahabat2 yg diberkati Allah... sy tertarik untuk poskan artikel "Berbaktilah kepada Ibubapa" disini kerana sy rasa ianya amat penting untuk kita...walaupun kita sudah sedia maklum pe tanggungjawab kita kepada Ibubapa namun kadang2 kita lupa jika tidak diingatkan. Ibubapa adalah insan yg paling dekat dgn kita... Saya jadikan umie abah sy sebagai kekasih hati sy dunia akhirat. Selalu lah berdoa kt ibubapa kita yer... Sementara mereka masih ada di dunia nie...sayangilah ibubapa kita...cuba kita renung kembali, kadang2 dlm kita berkawan atau bersahabat xsemuanyer sahabat boleh trime kita seadanyanya kita kan..TETAPI ibubapa menerima kita seadanya sejak kita dilahirkan lagi...so, kita sebagai anak harus menerima ibubapa kita seadanya..bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yg teramat menyayangi kita... Apabila ibubapa sudah terputus hubungan dgn dunia...kita masih boleh berbakti kepada ibubapa kita dgn sentiasa mendoakan mereka...kita hanya dikurniakan seorang ibu dan seorang ayah...INGAT!! Kita xboleh beli ibu n bapa dgn duit...So BERBAKTILAH...BERBAKTILAH KPD IBUBAPA...

~♥~~~~ SEKIAN MA'AL SALAMA ~♥~~~~

Thursday 22 September 2011

iRi Hati & Hasad Dengki



"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Tentulah Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.

Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. 

"Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah".

Iri Hati Itu Boleh.

Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.

Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.

Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.

Yakinlah Dengan Keadilan Allah.

Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.

Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.

Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.

Sunday 4 September 2011

Sahabatku di Aidilfitri

                     <nida, ayu,ana,yana,zaty,zana & tihah>
Assalamualaikum...

Sudah 6 hari seluruh ummat Islam meraikan hari raya aidilfitri... dah lama saya x update belog sy disebabkan kesihatan yg tidak mengizinkan, namun walaupun masih tidak sihat syukur alhmdulillah sy dapat juga berkumpul dgn sahabat2 yg amat disayangi. Actually...susah nk berkumpul macamnie sb masing2 ada tanggungjawab & belajar di tempat yg berbeza..time2 cuti2 gni lah leh jumpa... 

Kami berkumpul di rumah Fatiehah & masak nasi ayam bersama2 
<saya, ayu,ana,yana,zaty,zana & tihah> 
saling membantu...so cepat ler leh makan...sebenarnya kami rancang nak jumpa kt tasik tp Tihah ajak kumpul umah dia selesa sikit..kami on jelah...berkumpul kali ni paling best sb semua sahabat ada dan dapat masak sama2 & makan sama2...

                                              <jom makan>


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
MAAF ZAHIR BATIN



Sunday 21 August 2011

Refresh Hati





Bila kita memulakan sesuatu..
.

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.


Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!






Thursday 18 August 2011

Lailatul Qadr


Lailatul Qadr : Malam Misteri yang Dirindui Kedatangannya
www.iluvislam.com



Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.
Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.


Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.
Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
    
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. 

Firman Allah bermaksud:

"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surah al-Qadr, ayat 3).

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr:
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
 
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.
 
Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
 
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:
               
Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.

(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya:
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
 
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
 
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
 
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
 
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."
 
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
 
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
 
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
 
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
 
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr:
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
 
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
 
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


Fokus umat pada malam tersebut:
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah.
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.
 
Fadilat Lailatul Qadr:
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa    yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :

           
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam,  dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.

(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam

(sumber yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.