SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Sunday, 31 July 2011

•*´¨`*• SaLaM RaMaDhAN 1432H •*´¨`*•


•*´¨`*•Syukur Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk sama2 menjalankan   ibadah puasa tahun nie yg penuh dengan berkat.

•*´¨`*•Namun, tahun ni adalah tahun yg ke4 tanpa adik kesayangan (Ridhwan)  kerana Allah lebih menyayanginya & tahun pertama tanpa nenek. Walaupun kita amat menyayangi mereka tetapi Allah lebih menyayangi mereka kerana sesungguhnya arwah adik Ridhwan dan nenek adalah milik Allah. Kita sebagai hamba Allah yang masih diberi nafas di muka bumi Allah ini seharusnya sentiasa mencintai Allah dengan mengikut semua suruhan Allah dan meninggalkan semua larangan Allah (amar makruf nahi mungkar). Semoga ramadhan kali ini kita diberkati Allah dengan amalan yg diniatkan kerana Allah.

•*´¨`*••*´¨`*••SELAMAT DATANG RAMADHAN•*´¨`*••*´¨`*••

Ya Allah..
muliakanlah saudaraku ini lebih baik dari diriku...
bahagiakan dia dan keluarganya,
mewahi rezekinya, 
jadikan dia sentiasa yang baik dikalangan solihin,
sunyi dari fitnah dan malas,
kukuh imannya, 
tinggi sifat sabar 
& bibir yang x jemu zikir namaMU

•*´¨`*••*´¨`*••*´¨`BULAN KEBERKATAN •*´¨`*••*´¨`*••*´¨`*••

•*´¨`*•Kepada semua sahabat, marilah kita sama2 tingkatkan lebih amalan kita kepada Allah.

•*´¨`*•Selamat menjalani Ibadah puasa di bulan Ramadhan al-mubarak... InsyaAllah sama2 kita hayati bulan yang penuh kemualiaan dan keberkatan ini dengan penuh ketaqwaan & keinsafan.

•*´¨`*•Jangan lupa bangun sahur yer..tu juga salah satu ibadah.

•*´¨`*•Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum malah, pancaindera lain juga harus berpuasa seperti menjaga mata, menjaga hati supaya tidak melakukan maksiat kepada Allah.

 

•*´¨`*•Apabila kita berpuasa..sudah tentunya kita akan berbuka pada sebelah petangnya..tetapi ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah bahawa janganlah kita membazir... biasalah kita manusia biasa. Semuanya nk makan..pergi bazar ramadhan jadi rambang mata... walaupun bulan puasa Allah mengikat syaitan2 namun diingatkan yer... nafsu manusia jika kita tidak mangawalnya.. sifat syaitan ini akan menguasai diri kita... Besederhanalah dalam setiap perkara. Jika kita makan banyak2 nati kita xlarat nk pergi terawih... haa... dah tertinggal ibadah kita kepada Allah.

 

•*´¨`*•oklah.. jap lagi nak bangun sahur...jangan lupa baca niat puasa

 

•*´¨`*•Sama2 lah kita memperingati sesama kita.... InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Amin Ya rabbal a'lamin

Wednesday, 27 July 2011

Pilihlah aku untuk ikhlas yaAllah..

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.




Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

 
Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!


Posted by ~syifaul haq~ 
 http://soffulmukhtaroh.blogspot.com/

Tuesday, 26 July 2011

✿ 1 hati 2 jiwa 1 cinta ✿


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...



Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Monday, 25 July 2011

✿¸.•❤• JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI ?✿¸.•❤•




1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:

"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]



4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :

”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :

”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]



8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..





Dibenarkan untuk Share.. ^_^

(◕‿◕).Ya Allah berikan aku kekuatan!!! (◕‿◕)

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
tatkala hati ini mula rasa berputus asa..
tatkala diri ini tak mampu lagi berdiri..
tatkala kecewa menguasai diri..
tatkala rasa sedih menghantui diri..

Ya Allah,berikan aku kekuatan...
walaupun diri ini sering melupakan Mu..
walaupun diri ini sering meninggalkanMu..
kerna aku tahu..
Kau takkan pernah melupakanku..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Untuk aku menyusun langkah ini,
mengejar impian yang termaktub di hati,
mencari kebahagiaan yang hakiki...
dengan jalan yang yang Kau redhai..

Ya Allah,berikan aku kekuatan..
Kerna Kau lah tempat aku berlindung..
Kau lah tempat aku bermohon..
Kau lah yang selayaknya aku meminta..
Kerna diriku adalah hamba....

 Ya Allah,berikan aku kekuatan..                        
kerna solatku..
ibadatku...
hidupku dan..
matiku...
hanya untuk Mu....

Tuesday, 19 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan



❤●•٠·Marhaban Ya Ramadhan!


❤●•٠·Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.


❤●•٠·Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.

❤●•٠·Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

❤●•٠·Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.

❤●•٠·Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'


❤●•٠·Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:


❤●•٠·Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!

❤●•٠·Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!


❤●•٠·Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.

❤●•٠·Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]


❤●•٠·Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.

❤●•٠·Firman Allah ta'ala yang bermaksud:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]


❤●•٠·Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.


❤●•٠·Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]

❤●•٠·Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.

1)Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]


2)Sabda Rasulullah SAW lagi:


"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]

Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.


3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:


"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]

Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,

4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:


"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]

Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.


5)Sabda Rasulullah SAW:


"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]

Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.

Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]


6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]


❤●•٠·Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin

Artikel iluvislam.com

Thursday, 14 July 2011

Aku Syg Sahabatku

Hanya Peringatan Muslimin & Muslimat...

Teman,
Atas tautan ukhwah,
Juga atas satu dasar yang kukuh,
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman...

Wahai temanku an-nisa',
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi...

Wahai temanku an-nisa',
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
Ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai...
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu...

Tetapi temanku an-nisa',
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah...

Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya,
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu sahabatku an-nisa',
Dia kan terjerumus ke dlm api yg membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?


Wahai temanku ar-rijal,
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkanlah Ia melebihi cintamu kepada dia,

Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya,
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa',
Sahabatku ar-rijal,
Aku mengasihimu LILLAH,
Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia...
Sedikit cuma...

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi di depan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupamengatakan I love you,
Kerana engkau percaya...
DIA yang terbaik...
Lantaran DIA yang terbaik,
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya...
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN

Dan itulah yang terbaik buat kalian,
Kalau ada jodoh tak ke mana...
Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?


Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api...
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillahi min zalik...

Sama-samalah teman,
Pagarilah imanmu,
Agar si iman itu tidak terlepas,
Cintailah IA,
Kerana DIAlah penjaga iman kita...
Yakinlah dengan IA...
Serahkan segalanya pada IA...
Kerana DIA tahu yang terbaik,
Sedangkan kita tidak...
ALLAHU a'lam...

Akhirul kalam...
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA,
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA,
Engkau akan gelisah andai DIA,
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu,
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai,
Doamu ditolak...
Dan itulah cinta hakiki...
Kerna engkau yakin,
Di sana adanya sebuah,
Pertemuan di taman Syurga yang Indah...

Lakaran Hati

 Senja ini mentari menyinar malu,
Ku lihat langit,
Terhampar luas kebiruan,
Ku renung lagi,
sehingga terlakar wajahmu di dada awan...

saat ini,
Ku terkenang kisah suka dan duka kita,
Sepanjang mengikat tali persaudaraan,
Terlalu banyak cubaan yang datang,
Betapa Allah mengatur setiap takdiran,
Dengan cukup teratur dan teliti,
Tiada perkara yang sia-sia menimpa diri,
Kecuali semuanya punya hikmah dari Ilahi...

Duhai angin,
Sampaikan padanya,
agar sabar dan tabah menghadapi hidup,
Kerana erti sebenar hidup ini,
Dalam erti 'memberi' bukan menerima...

Pelangi,
Ingin ku ukir warna indah itu dalam hidupmu,
Agar sentiasa mewarnai jejak langkahmu,
Namun ku sedari,
Hujan jua adakalanya akan turun,
Dan menghilangkan seri pelangi itu...

Oleh itu ku ingin jadi seperti bulan,
Bila muncul menyinarkan,
Bila sembunyi tidak menghilang,
Ia ada di balik awan,
Cuma kadang-kadang tidak perasan,
akan erti sebenar sebuah kehidupan...
Doaku cuma satu,
moga kita kan terus kuat,
menghadapi gelombang ujian,
kerana itulah sebenarya ukuran iman,
untuk kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang...

Wednesday, 13 July 2011

❤●•٠· Ketenangan ❤●•٠·

Mari Mencari Ketenangan..



Apa yang dimaksudkan dengan ketenangan?

  • Ketenangan ialah dimana suatu situasi yang merehatkan minda dari sebarang bebanan dan ianya membuatkan hati kita gembira dan bebas dari belenggu kerisauan.
  • Sudah pasti semua insan ingin berada di dalam kondisi yang tenang.
  • Ketenangan mudah untuk dicapai sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Salah satu kuncinya ialah

"Apabila kita mengingati tuhan, hati kita akan pasti menjadi tenang".

  • Ketenangan yang diimpikan mampu kita perolehi. Kekuatan diri kita melawan nafsu dan mengawal emosi menjadikan kita seorang yang mampu untuk merasai ketenangan.
❤●•٠·Pujuklah minda untuk memperolehi ketenangan

●•٠·Apabila minda bertindakbalas akibat di dorong oleh hati maka hancurlah jadinya. Sebaliknya jika hati di dorong oleh syari'at menghala kepada akal untuk berfikir dengan cara yang terbaik sudah pasti ketenangan akan kita perolehi.

●•٠·Secara peribadinya, saya sendiri pernah merasai situasi seperti ini iaitu apabila berasa sedih, saya terikut pujuk rayu hati hinggakan ketenangan yang dicari hilang pergi.

●•٠·Sebaliknya apabila akal yang dipandu ke arah yang betul, ianya akan menjadi penenang hati dan sekaligus membuatkan hidup kita aman dan harmoni.

●•٠·Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:

"Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

 ●•٠·Ketenangan yang dicari berada di sebelah kita, samada mahu atau tidak itu semua terpulang pada diri kita.

Sunday, 10 July 2011

Mencari Redha-MU

Redha itu perlu dicari bukan hanya dinanti, 
Teguhkanlah hati dalam melaksanakan ibadat. 
Andai setiap tuntutan telah dipenuhi dan segala larangan dijauhi,
di saat itu jugalah rahmat Allah akan turun mengiringi,
dan memberkati perjalanan hidu kita.

ANDAI ajal datang menjemput dalam keadaan kita yang sudah bersedia dan redha, tentulah amat bertuah sekali. Tapi masalahnye, bersediakah kita untuk berhadapan dengan perit pedihnya kematian? Bersediakah kita untuk berhadapan dengan detik terakhir riwayat kita ini?

Ada segelintir di antara kita yang menyalahkan takdir andai terjadi musibah kematian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kelangan ahli keluarga terdekat seperti ayah, ibu, suami isteri, adik beradik atau anak-anak. Ingatlah... kematian pasti terjadi kepada sesiapa sahaja. Kehadirannya tanpa mengira waktu, usia ataupun persediaan yang telah dilakukan. Ia datang tidak cepat dan lambat walau sesaat.

Dalam Al-quran sendiri, Allah mengingatkan kita sejaksekian lama melalui firman-NYA, "dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." ~Al-Munaafiquun:11~

Mereka yang bergelar insan tersayang akan ditinggalkan meskipun perasaan kita tidak meredhainya. Sebanyak mana air mata yang dikeluarkan dan sekuat mana pun raungan, tetap tidak akan membuatkan-NYA berkompromi. Fikirkanlah... sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang dikasihi-NYA pun tidak ada ruang untuk berkompromi apabila telah sampai janji dan tikanya, apatah lagi kita yang masih berbalut dengan dosa maksiat ini.

Orang yang redha ialah orang yang tidak akan mendahului kehendak ALLAH. Apa yang telah lalu dan akan datang, dia terima dengan lapang dada. Ya, lumrah sebagai insan yang mempunyai perasaan, pasti akan tetap menangis dengan kehilangan dan kematian insan tersayang. Namun dia sama sekali tidak akan mempertikaikan mengapa dirinya ditimpa ujian sebegitu. Walaupun kesedihan melanda dan air mata membanjiri, tapi tidaklah keluar dari batasan sabar dan redha kerana itu merupakan fitrah dan sifat yang sinonim dengan makhluk bernama manusia.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang beterbangan oleh angin . Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi dan visi. Selagi kita bernafas , selagi itulah hidup mesti diteruskan dengan syarat semua tuntutan NYA mesti dilaksanakan. Usahlah apabila sesuatu musibah menimpa, kita mengambil diri ke arah jalan kebinasaan hanya kerana tidak sanggup menanggung dugaan.


Jika kita menilai kedudukan diri ini yang begitu daif dan kerdil selain berharap hanya kepada NYA, kita akan menginsafi bahawa kita perlu menerima segala yang tersurat. Siapalah kita untuk menolaknya dan siapalah kita untuk mencari-cari kekurangan pemberian tersebut.

Sedarlah.... andai ditimpa musibah, kita hendaklah menyedari bahawa yang memberikan segalanya itu ilaha ALLAH Yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Yakinlah bahawa yang menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri atau menyeksa kita. Sebaliknya, ia bertujuan menguji kesabaran dan keredhaan, menguji kadar  keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimana cara kita mengetuk pintu rahmat NYA dengan hati yang khuyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.

Fahamilah..tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan . Hidup yang melaluio kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain.

Jadi, apa yang kita semua perlukan??

Ya, apay yang kita perluakn ialah kekuatan jiwa. Kekuatan jiwa itu pula diperoleh daripada Yang Maha Kuat iaitu ALLH S.W.T .Jagailah hubunagn engan Allah seperti melalui ibadat umum dan ibadat khusus , misalnya solat malam dan doa. Dengan kekuatan jiwa ini, InsyaAllah kita mampu menghadapi segala ujian-NYA.

Sedarlah...kehidupan ini adalah ladang akhirat yang perlu kita kerjakan untuk mengutip hasil yang baik untuk dibawa pulang ke negeri akhirat nanti. Andai banyak beramal, maka banyaklah hasil yang dapat dituai untuk bekalan kelak. Dan, andai DIA Redha dengan kita, mudah-mudahan DIA akan menempatkan kita di dalam syurga-NYA. INSYAALLAH..

Sematkanlah di hati agar kita sentiasa mencari keredhaan untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Muhasabahlah diri, adakah hidup kita ini hnya semata-mata mengharapkan pujian daripada makhluk yang bernama manusia? Dan, apakah amalan kita setiap hari bertujuan untuk mendapatkan redha-Nya atau kerana kepentingan peribadi semata-mata?


Ya ALLAH...
hanya padaMu kuhadapkan diri ini
untuk memohon keampunan
untuk mencari segenggam rahmat
untuk memandukan menuju iman

Ya ALLAH..
keampunanMU amat kudambakan
bukan aku tidak redha dengan ujian yang menimpa
cuma pada-MU tempat kumengadu
sesungguhnya...
ENGKAU lah yang Maha Mengetahui...

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim
dengan namaMu yang Maha Suci
daku berada disini dan kerana Mu jualah
hambaMu yang kerdil ini merangkak
dalam kegelapan demi mencari arah

Ya ALLAH...YA ALLAH...YA ALLAH...
Mengapa aku alpa?
nikmat yang ENGKAU kurniakan
setiap kerdiap mataku ini. ya ALLAH
setiap tarikannafasku ini, Ya ALLAH
setiap desir  angin yang kurasa, Ya ALLAH
setiap degupan jantungku ini, Ya ALLAH
segalanya hanyalah milikMU yang mutlak...

ya Allah...ya ALLAH...YA ALLAH...
Ampunkanlah segala dosaku
usahlah KAU cabut dan buang 
rasa syukurku ini dari hati sanubariku
yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati
berilah kekuatan padaku ini
agar sentiasa beristiqamah dalam menjaga
dan membela agamaMU ini dengan spenuh jiwaku

YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH
tolonglah ampunkan dosa-dosaku selama ini
kelu lidahku ini untuk berkata-kata
sebak jiwaku pabila memikirkannya
kepada-MU ya Allah aku berserah...
Amin ya Rabbal Alamin...







Tuesday, 5 July 2011

❤●•٠·Sharing is Caring ❤●•٠·

٠·IMPIAN CINTAKU 1

Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami. 

"Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.

Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serba pink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.

Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.

Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. 

Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula bila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!

"Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira,mengajak aku bersunguh-sungguh.
Kalau diikutkan hati, aku memang tak nak ikut ajakan Mira tapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.

"Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."

Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.

"Ustazah je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....

Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.

Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, "Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.

"Erm, bolehlah," balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.

Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di luar kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'

"Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.

"Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.

"Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.

Bersambung...

٠·IMPIAN CINTAKU 2

Sambungan bahagian ke-2

Setelah berhari-hari memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.

Dengan hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang melayari internet menggunakan laptop berjenama Dell miliknya. Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu memulakan bicara sebaik sahaja dia sedar kehadiranku disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh orangnya. Aku jumpa dia masa aku join program di UIA minggu lepas, tak sangka sudah hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.

Aku tergamam, terasa seperti ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!

Tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang! Astagfirullahalazim...

Keesokan harinya, terasa sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain.

"Wah Fakri, cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara menegur Fakri setelah program tersebut selesai.
"Sebenarnya kami memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami. Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah, benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam golongan lelaki yang baik itu.

Malam itu, aku merintih dalam doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki. Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.

Alhamdulillah. Aku telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada Ustazah Harlina Hasyim.

"Kalau dah suka sangat duduk di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil
Ya, siapa sangka gurauan itulah yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar yang suci.

Di atas permaidani itulah bakal suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap bumi Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang aku sendiri tidak jangka selama ini.

Hari ini Fakri kelihatan cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah kerana sekiranya bayang Fikri kelihatan, sudah tentulah bakal suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku ingin mendapat suami macam dia (Fakri).
Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri yang dahulunya aku sering kagumi. 

Aku teringat kata-kata Fakri suatu ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.


Pengajaran yg kita dapat ambil dari kisah ini:
  •  Jika kita sukakan kepada seseorang..jgn berubah kerananya..tetapi harus diingat...kita sebagai umat manusia seharusnya melakukan perubahan dgn berniatkan hnya kerana Allah kerana Allah akan menjaga niat kita itu selamanya
  • Jodoh pertemuan telah ditetapkan oleh Allah... namun kita harus berusaha mencari dan berdoa...n jgn terlalu impikan yg terlalu sempurna kerana Hnya Allah yg sempurna.
❤❤ Sama2 lah kita memperingati sesama kita..yg baik datangnya daripada Allah..yg buruk dtgnya dari kelemahan diri kita sendiri...❤❤ 

Monday, 4 July 2011

Tangisan

Bilakah Kali Terakhir anda menangis??

Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

  • 1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
  • 2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
  • 3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
  • 4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
  • 5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
  • 6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
  • 7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.
Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda, 

" Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" 
Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya: 

"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini."" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama." Rasulullah saw berkata kepadanya:

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:

"Mengapa kamu menangis?"  

Kata Abdullah: 
"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?

 Artikel iluvislam.com