SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Saturday, 19 January 2013

Temani Aku

 
Ya Allah...
Sesungguhnya aku hanya ada Engkau Ya Allah,
Temani aku saat ku keseorangan,
Hiburkan aku saat ku kesedihan,
Tenangkan aku saat ku keresahan,
aku hambaMU yang lemah tanpa pertolongan MU Ya Allah,
sesungguhnya hanya engkau yang mengerti
erti air mataku ini,
tolonglah ya Allah kuatkan hambaMU ini,
bantui aku untuk meneruskan Ibadat kepadaMU,
panjangkanlah umurku untuk aku
mengumpul bekalan untuk akhirat,
ya Allah, kuatkan aku dalam ujian ini,
berikanlah kesejahteraan kepada orang2 yang aku sayang,
aku tidak mampu memberikan yang terbaik kepada mereka,
sekiranya engkau mengambil nyawaku,
kau jagailah dan lindungilah mereka dalam rahmatmu,
aku berserah kepadaMU Tuhan yang amat aku cintai
Amin ya rabbal a'lamin