SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Tuesday 9 April 2013

Muslimah Sederhana


Bismillah.

Kala hati berbisik...
''Aku tak cantik seperti bidadari..
Aku tak baik seperti malaikat..
...
Aku tak bijak seperti ulamak..''

Namun aku belajar untuk jadi solehah.
Walau tak cantik di mata manusia,
aku ingin cantik di sisi Allah.
Walau tak baik di hadapan manusia,
aku ingin menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.
Walau aku tak bijak di kalangan manusia
tapi aku belajar memikirkan kebesaran Allah. T__T Allahu Allah ♥

-Laa'ilaaha'illallah-

Di dunia MODEN hari ini…
PILIHLAH untuk menjadi GADIS BIASA
yang sederhana pada cara dan gaya...
tanpa eye shadow dan pemerah pipi,
tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian..
tanpa gemerincing loceng gelang kaki..
tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,
tanpa tudung singkat dan selendang jarang
 yang mendedah dada, tanpa pakaian menjolok mata..✿~

SUSAH?
Memanglah..jiwa muda,
warna-warni menggamit mata..
rasa ingin MENCUBA membara-bara..
tapi harus SEDAR DIRI,
tanpa semua itu pun..
kamu sudah pun menjadi PERHATIAN..

>>> Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,
biar tidak up to date,
 biar tidak bergaya..
asalkan AGAMA penuh di dada..(✿◠‿◠)
 
~ Marilah kita sama2 perbaiki diri menjadi wanita SOLEHAH yg diredhai Allah~

Wednesday 3 April 2013

HeLLo KittY

 ~sWeeT HeLLo KiTTy~
 
Indahnya Pernikahan bila
yang HARAM menjadi HALAL
yang BERDOSA jadi BERPAHALA
Keseorangan jadi berteman
yang sedih menjadi gembira...
Ustaz Don Daniyal:
"Cinta takkan bahagia tanpa gurauan.
Sayang takkan ada tanpa cemburu.
Rindu takkan indah tanpa airmata.
 Kasih takkan sempurna tanpa kejujuran"
 
Cik HayatiHati:
 
"Bakal Zaujku"
Jadilah IMAM untuk solatku,
Jadilah Qari & mendengar bacaan Quraanku,
Jadilah suami yg dapat memimpinku ke Jalan Allah
supaya kita sama2 dapat membina keluarga
Sakinah Mardhatillah
Akanku perlengkapkan diriku untuk menjadi Zaujah yg solehah
Ya Allah, jagalah hatiku & hati Bakal Zaujku
dalam menanti tarikh yg masih engkau rahsiakan
supaya kami sentiasa diRedhaiMU
Amin Ya Rabb

Tuesday 2 April 2013

Kisah Teladan

Kisah Teladan Suami Isteri (dari artikel cosway farmasi') - Sebelum Semuanya Terlambat...



 
 
Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la bu...at kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……
 
 
~Tinta Cik HayatiHati~
 p/s : Sama2lah kita saling menyayangi & menghargai kerana Allah

Monday 1 April 2013

IMAMKU

 
 
Bismillahirrahmanirrahiim....
Ya ALLAH..

Hamba menginginkan seorang IMAM yang dengan keimanannya mampu mengarahkanku pada pilihan yang baik.
...

Bersedia MENDENGAR ketika aku ingin bicara....
Menyediakan BAHUnya untuk tempatku bersandar..
Merelakan TANGANnya untuk menyeka airmataku.
Menyerahkan HATInya hanya padaku dan membimbing hamba menuju jannah-Mu..
 
Ya Allah,
 
Kau satukanlah hatiku dengan hatinya (bakal suamiku)
untuk kami menuju jannah-MU

 Aamiin ya Rabbal'alamin..
*****