SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Saturday, 29 September 2012

Cantik Di Hati

CANTIK DI HATI

 

Kita susah tapi ada yang lebih susah dari kita,

Kita derita tapi ada yang lebih derita dari kita,

Kita sedih tapi ada yang lebih sedih dari kita,

Kita sakit tapi ada yang lebih sakit dari kita,

 

Rupanya kita lebih senang dari mereka,

Rupanya kita lebih bahagia dari mereka,

Rupanya kita lebih gembira dari mereka,

Rupanya kita lebih sihat dari mereka,

Lihatlah sekeliling dahulu sebelum mengeluh tentang situasi kita

 Ya Allah

Engkau Yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang,

Ampunkanlah segala dosa hambaMU ini,

Ampunkanlah segala dosa umie & arwab abahku,

Ampunkanlah segala dosa bakal suamiku,

Engkau Yang Maha Pengampun segala dosa hambaMU,

 

 

Ya Allah

Sesungguhnya hambaMU ini amat memerlukan

Kekuatan dariMU Ya Allah dalam meneruskan kehidupan,

 

Ya Allah

Ujian & Dugaan yg Engkau berikan kepadaku ini

teramat berat Ya Allah,

Aku teramat lemah tanpa pertolonganMU Ya Allah,

Kau berikanlah kekuatan Iman kepadaku,

Kau berikanlah kekuatan fizikal & mental kepadaku,

dalam menghadapi ujian dariMU Ya Allah

 

Ya Allah

TanpaMU aku lemah,

TanpaMU aku rebah,

Tolonglah hambaMU ini Ya Allah,

Engkau pemberi Ujian

Engkau jua yg dapat memberi ketabahan kpdku,

Ya Allah

Aku yakin dgn kekuasaanMU,

 

 

 Terima Kasih  Ya Allah

Aku bersyukur engkau kurniakan aku seorang insan

Yang begitu murni hatinya,

Hadirnya dia telah mengembalikan senyumanku

yang telah hilang dibawa kenangan lalu,

Alhamdulillah Ya Alah

Aku teramat menyayanginya keranaMU Ya Allah

Kau satukanlah hatiku dengan hatinya(bakal suamiku)

Berkati kami & pandulah kami ke jalan yg engkau redhai,


Semoga Kami dapat membina keluarga sakinah 

yang diimpikan atas jalan yg engkau redhai...

Satukanlah hati kami Ya Allah, 

berikanlah kesabaran kepada hati kami Ya Allah dalam 

pengorbanan ini...


Ya Allah

hidupku kini penuh dgn tangisan,

Ya Allah aku teramat merindukan arwah adik & arwah abah,

Aku, angah, arwah Ismail, arwah Ridhwan, adik, umie & arwah abah

teramat bahagia suatu masa dahulu,

gelak tawa kami masih segar dalam ingatan,

hidup di dunia ini xselalunya indah,

ada masa kita suka,

ada masa kita sedih,

ada masa kita bersama,

sampai masa kita berpisah antara hidup & mati.



Segalanya perancangan Allah yg terbaik untuk kita,

Kdang2 kita jer yg xsedar,

Allah dah merancang sesuatu yg belum kita ketahui,

Kita harus bersabar & bersabar

 

Alllahumma inni au’zubikalminal hammi wal hazan

Ya Allah jauhkanlah aku dari perasaan sedih dan gelisah

Ya Allah ketemukanlah kami sekeluarga di syurgaMU

Amin ya Rabbal A’lamin.

 

::noTa Cik Hawa utk Bakal Zauj::

~Semoga kita diberkati Allah dalam menanti hari yg tersangat bahagia~

 

 

Thursday, 6 September 2012

Erti Perkahwinan & Cinta

[ERTI CINTA DAN PERKAHWINAN]

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .:')

 ^_^ Hanya Perkongsian Bersama Cik Arnida...satukanlah hatiku dgn hatinya...amin ^_^