SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket
zikrullah n doa

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Sunday 22 April 2012

(¯`*•.¸♥ SENYUMANKU ♥¸.•*´¯)

 
 

(¯`*•.¸♥ SENYUMAN ♥¸.•*´¯)
SENYUM" ianya ringan tak bersuara tapi, penuh makna.
SENYUM" ianya murah tapi, tak ternilai dengan ringgit.
SENYUM" ianya tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya.
... SENYUM" ianya hal yang mudah tapi, selalu nampak indah.
SENYUM" 1 perkara yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa.
SENYUM" ibadah yang paling mudah tetapi, berpahala setara dengan sedekah.

Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum
(¯`*•.¸♥sEnYuM iTu sEdEkAH ♥¸.•*´¯)

Saturday 14 April 2012

•❤• TEMAN SEJATI•❤•



Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

KETULUSAN DUA HATI

Wednesday 11 April 2012

•❤• Kasih Hingga ke Syurga •❤•

Cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang paling mulia.

Cinta lahir di syurga! 

Ketika semua nikmat di syurga dapat dikecapi, Nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya, lalu diciptakannya ... seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu kekosongan itu pun terisi.

Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang Nabi. Di mana? Di syurga!

Bawalah cinta anda hingga ke syurga ya, bukan ke neraka.. :)
 Ya Allah..
Jika benar dia (bakal zaujku)
Kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Engkau yang hadirkan perasaan ini dalam hatiku dan hatinya,
Jadikanlah dia (bakal zaujku) insan yg benar2 mencintaiku hanya kerana MU Ya Allah,
Jadikanlah aku (bakal zaujahnya) yg benar2 mencintainya hanya kerana MU Ya Allah,
kau jauhkanlah hati2 kami dari segala kemungkaranMU supaya kami sentiasa dalam shariahMU,
Hanya kepadaMU aku memohon dan hanya kepadaMU jua aku berserah,
IstajibAllah humma do'a ana Ya Rabbal 'Alamin



•❤•  Jari Jemari Hatiku  •❤•


Sunday 8 April 2012

•❤• RATU HATIKU •❤•

Musim berganti mengamit memori
Membuai seuntai kenangan
Ranjau berduri telah kau tempuhi
Tabah hidup sendirian

Sering teringat sewaktu bersama
Senda gurau manis bicara
Usahlah ditangisi insan yang telah pergi
(arwah abah kesayangan & arwah adik ridhwan & adik Ismail)

Kaulah pengganti suami (bakal zauj tie)
Engkau ratu di sanubari
Menjalar di tiap urat nadi
Nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
Pasrah ketentuan ….

Andainya taufan
kecewa kau biarkan
Warna pelangi tak muncul lagi
Berkat kesabaran serta pengorbanan

Kini hidupmu berseri,
Deraian air mata
Bertemu di pipinya
Melihat anak-anaknya berjaya
Tuhan hanya menduga
Kesusahan yang tiba
Pasti tak akan selama lamanya
Kaulah ratu hatiku……