SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Monday, 12 March 2012

---ABAH---

Assalamualaikum....

Alhmdulillah Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus hidup di alam persinggahan ini walaupun abah kesayangan telah dijemput ILahi 28 Februari lalu...berita itu masih mengejutkan aku....sewaktu aku pulang ke kmpung melihat abah di hospital aku terasa sebak melihat abah terlantar di atas katil..setiap kali aku datang melawat abah aku menahan air mata di saat abah merenungku seperti tidak mahu melepaskan aku dari pandangannya...terasa berat hati untuk meninggalkan abah untuk pulang semula ke uum...sebelum aku bertolak ke uum aku sempat menjenguk abah di hospital...saat tu aku tidak dapat menahan sebak lalu aku ke tandas..menangis sb tidak tahan melihat abah sakit....aku gagahkan jgk aku peluk abah, aku cium pipi abah..itulah kali terakhir aku bersama abah....aku menangis dalam pelukan abah, abah pon sama....aku teramat sayangkan abah...aku peluk umie untuk berikan semangat sebelum aku pergi namun lidahku kelu menahan sebak...selepas aku berlalu pergi..umie gtau aku...abah menangis sampai akhirnya...sebenarnya aku pon menangis di dalam bas...ya allah terasa masih terlalu awal untuk aku terima kenyataan ini.... 

aku smpai di uum pada pagi ahad 27/2/2012...aku sempat ke kuliah namun hatiku masih risau dgn keadaan abah..aku sentiasa telefon umie tnyakan abah...hari isnin 28/2/2012 selepas solat zuhur aku telefon umie tnya abah..umie ckp abah ok, masa tu umie ngah bacakan yasin untuk abah... selepas magrib aku msj nga angah tnya abah...dia ckp abah semakin teruk...dia minta aku bnyakkan baca quran n yasin kt abah suh abah cepat sembuh...selepas isyak aku baca yasin untuk abah...belum sempat aku habiskan bacaaan aku mendapat satu panggilan dari mak saudaraku di kampung..hatiku mula gelisah tidak mahu mendengar khabar yg buruk, namun aku kuatkan semangat untuk angkat pangilan itu...mak sdre aku menagis meminta aku pulang segera ke kampung...aku turut menangis selepas mendengar abah sakit tenat...aku bergegas pulang..dalam perjalanan aku tidak henti2 menerima pangilan daripada sepupu2 ku...pada kul 3 pagi tetibe je jantungku berdegup kencang aku tidak tahu kenapa....tetapi semua saudaraku masih sembunyikan berita itu daripada aku....aku smpai di hentian duta pada kul 5.30 pagi...selepas aku masuk dalam kereta sepupuku, dia memberitahuku yg abah dah meninggal kul 3.30 pagi tadi...ya allah masa tu aku rasa cam nk pengsan, cam xpecaya yg abah kesayangku sudah tiada di dunia nie...aku xboleh nk gmbarkan hati dan perasaan aku saat tu yg aku dah tiada abah..abah adalah semangatku, abah adalah hidupku, abah tempat aku bergantung, abah tempat aku mengadu masalah, abah tempat aku bermanja, abah adalah kawanku, abah adalah org yg menerimaku seadanya aku, abah xpernah tinggikan suara kepadaku, abah terlalu baik... dari kecil setiap kali nak p skolah abah mandikan aku, hntar aku skolah, abah terlalau manjakan aku dan adik2...masa umie marahkan aku, abah yg pujuk aku, tapi ...aku xsempat nak balas jasa2 abah kepada aku..aku tersangat rindukan abah, pelukan abah n ciuman abah...Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini dalam menghadapi dugaan Mu ini..ianya teramat berat untuk aku lalui...

Dalam perjalanan..umie telefon aku, umie nangis...aku gtau umie minta umie tnggu aku sebelum kebumikan abah..aku mahu melihat wajah abah untuk kali terakhir...aku smpai di perkarangan rumah aku pada kul 10pagi....saat tu sudah ramai saudara mara di dalam rumahku, aku terus peluk umie....& menatap wajah abah untuk kali terakhir...wajah abah tenang sangat seperti sedang tidur..tidak puas aku menatap wajah abah, aku mencium kedua-dua belah pipi abah, sejuk sgt..tp masih terasa saat aku mencium kehangatan pipi abah saat di hospital... tp...abah sudah tiada n aku membisikkan di telinga abah, kaktie minta maaf abah, ampunkan kaktie....selepas itu abah dimandikan, sebelum abah dikafankan skali lagi aku, angah, adik, umie, saudara2 mengucup abah....masa tu air mata aku xhenti2 mengalir...kusapu air mataku supaya tidak menitis di wajah bersih abah untuk bertemu ILahi....aku memg tidak kuat saat tu..aku lemah tp aku sempat menyapu air mata umie n aku peluk umie...selepas abah disembahyangkan, aku n keluarga turut sama2 ke kubur....alhmdulillah abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan yg berhampiran dgn kubur arwah mak abah n arwah anak lelaki abah...kedua2 anak lelaki abah sedang menanti abah disana, kaktie, angah n adik yg masih hidup akan sentiasa mendoakan abah kerana kami teramat sayangkan abah....

Abah...

Sudah 12 hari abah meninggalkan kami, tapi abah tetap bersama dalam hati kami... hari2 tie p kubur abah, tp sekarang tie dekat uum, tie hnya mampu berdoa dan bacakan quran untuk abah...izinkan tie peluk baju abah setiap kali tie nak tidur....tie xsampai hati nak tinggalkan umie, angah n adik di rumah...tp tie terpksa habiskan pengajian tie,.bukan untuk tie abah....ape yg tie lakukan sekarang hanyalah untuk laksanakan hasrat n impian abah n umie satu saat dulu...walaupun tie tahu tie xkuat tanpa abah. Abah...tie akan jaga umie n adik2..abah tenanglah disana..tie akan sentiasa merindui abah n mendoakan abah..tie akan berusaha untuk menjadi anak yg solehah kepada abah n umie....abah tetap bersama tie, xpenah kemana2, darah yg mengalir dalam tubuh tie adalah darah abah....macamana tie nk cium pipi lepas nie...tie akan tutup mata tie n bayangkan saat tie cium pipi abah...insyaallah tie akan rasa kehangatannya...

Ya Allah,
Aku teramat sayangkan abah ya Allah,
namun ku tahu abah milikMu Ya Allah,
walaupun kami masih memerlukan abah saat nie 
tetapi Engkau tetap mengambil abah kerana sudah tiba masanya,
aku tidak dapat melawan takdirmu Ya Allah,
aku memohon Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa2 abahku, 
kau kasihanilah abahku di alam sana ya Allah,
kau tempatkan lah abahku dlm kalangan org2 yg soleh,

Ya Allah,
sudah terlalu bnyak dugaan yg engkau berikan kepadaku dan keluargaku,
dugaanmu ini adalah untuk org2 yg terpilih,
engkau maha mengetahui Ya Allah,
engkau yg berikan dugaan kepada kami,
hnya kepada engkau jua aku memohon,
berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ku dan keluagaku 
untuk menghadapi dugaan Mu ini dgn tabah,
aku memohon ya allah,
kau berikanlah kembali sinar kebahagiaan kepada keluargaku,
ya allah..umie dan adik2 di rumah kau lindungilah ya allah,
tiada yg lain aku mampu berharap..hnya kepadamu ya Allah aku bergantung,
kepadamu jua aku berserah...
ya allah kau berikanlah ketenangan kepadaku dan keluargaku
supaya kami dapat menerima kenyataan ini dengan redha...
kuatkanlah imanku dan keluargaku ya Allah...
Amin..ya rabbal a'lamin

----Anak yg Merindui Abah----

0 comments: