SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Saturday, 7 July 2012

Air Mata Kehidupan


Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.

Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.


Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa
depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.

Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam yang Esa:"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah"(Riwayat Ahmad dan Nasai).

Alhamdulillah...aku kini melangkah meneruskan kehidupan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang kakak, seorang pekerja & seorang bakal zaujah. 

Namun, kadang2 aku menangis dalam meniti hari2 yg berlalu...menangis kerana takutkan dgn kuasa Allah, di saat aku masih memerlukan kasih seorang ayah, Allah telah mengambil semula pinjamannya dari hambaNYA...kita di dunia ini hnyalah pinjaman semata2... bila2 masa Allah akan mengambil hakNYA tidak akan kurang n lebih walaupun sesaat. 

Pada pukul 12.30 tgahari aku akan mengambil adik di sekolah, yg dulu abah yg akan ambil adik tp kini aku yg mgmbil alih tjwab itu, pada sebelah petangnya aku mengambil umie di tempat kerja. Pernah kehujanan, basah kuyup, angin yg kuat, kilat... di saat tu aku memangil abah tp sekuat mana pon aku memanggil abah Abah xkan dgr sb jasad abah sudah terputus dgn urusan dunia & kita xboleh lawan kuasa Allah...Allah yg Maha kuasa....namun kita sebahai hamba Allah seharusnya bergantung kepada NYA dalam keadaan kita senang mahupun susah. "Hasbunallah wa ni'mal wakil"

Setiap kali aku menangis rindukan kasih abah, aku akan cepat2 istighfar kepada Allah kerana aku yakin Allah sedang merancangkan sesuatu untuk aku n keluargaku.. Allah Maha mengetahui segalanya sedangkan aku tidak mengetahuinya.... pada saat ini aku sekeluarga dalam airmata, kadang2 terasa susah dalam meneruskan kehidupan ini tanpa abah tersayang, hilang segalanya, hilang kebahagiaan, gelak tawa dulu sudah tiada lagi, semuanya sudah berubah...namun aku tetap yakin dgn kuasa Allah... Allah akan kembalikan kebahagiaan dalam keluargaku suatu masa nanti asalkan kami sekeluarga sabar dalam menghadapi dugaan n ujian Allah...

Alhamdulillah, aku dah boleh bawa kereta arwah abah... belajar dalam airmata n terpaksa, berkat usaha n doa dariku, umieku, keluargaku n bakal zaujku....syukur sgt Allah dah berikan keberanian n kekuatan kepadaku untuk aku drive keta arwah abah. Inilah peninggalan kenangan arwah abah...semua benda akan rindu abah..kereta, rumah banyak meninggalkan kenangan bersama abah... ianya tersemat di dalam qalbu yg terlalu indah...

Abah... sesungguhnya abah amat bermakna dalam hidup kaktie

p/s: hargailah, sayangilah, berbaktilah kpd ayah n ibu sementara mereka masih ada di dunia ini..Allah hanya kurniakan kita seorang ibu n seorang ayah kepada kita...banyak mana pon duit kita, kita xkan dapat beli ayah n ibu kita

0 comments: