SAYANG

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh @ solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak ada pendakwah, maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan".
~Hassan Al-Basri~

"Mengunakan Internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan shara' Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

~Petikan drp Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof Dr. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi~

"Sesungguhnya saya tidak layak untuk berkata-kata..disini hanya perkongsian ilmu, setiap kebaikan datangnya daripada Allah & setiap kelemahan dtgnya dlm diri saya sendiri. Andai ada salah silap mohon ditegur sesungguhnya saya manusia biasa yg mempunyai bnyak kelemahan".
~Arnida Ariffin~

•*´¨`*••*´¨`*•MARI KITA BERZIKIR•*´¨`*••*´¨`*•

Photobucket

SPECIAL FOR YOU

Sahabat

BarakAllahulana

Kekuatan Arni

Monday, 2 September 2013

Adam & Hawa


'Berkasih Sayang kerana ALLAH'  "ALLAH itu mempunyai para hamba yg pada hari kiamat kelak, duduk di atas mimbar2. Pakaian & wajah mereka bercahaya namun mereka bukanlah para nabi mahupun para syuhada, malah para nabi &para syuhada berasa iri hati kepada mereka." Para sahabat lantas bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?" Nabi menjawab, "Mereka adalah orang2 yg berkasih sayang krn ALLAH, orang2 yang saling kunjung-mengunjungi krn ALLAH & orang2 bergaul dgn baik kerana ALLAH ."

DOA UNTUK MENDAPAT PASANGAN YANG BAIK

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada antara dihatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana kacak..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku


Ya Allah Ya Rabb
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..

Ya Allah 
Aku juga meminta.. Jadikan aku wanita yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan
bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari
yang mendatang

Ya Tuhanku
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
”Bertapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..

insya'ALLAH....
amin Ya ALLAH....

0 comments: